Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Foodpanda_

Grab Bakal Ambil Alih Foodpanda Taiwan Dengan Nilai AS$600 Juta

Diterbitkan Mac 24, 2026 · Dikemas kini Mac 24, 2026 oleh Amalina Athman

Grab kini mengumumkan bakal mengambil alih perniagaan foodpanda milik Delivery Hero di Taiwan dengan nilai AS$600 juta (~RM2.37 bilion) secara tunai.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada separuh kedua 2026, bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa. Sehingga pengambilalihan selesai, Delivery Hero akan terus mengendalikan operasi foodpanda Taiwan seperti biasa.

Kedua-dua syarikat turut menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Sokongan, di mana Delivery Hero akan menyediakan sokongan peralihan untuk memastikan komuniti tempatan terus menerima perkhidmatan yang baik semasa beralih ke platform Grab.

Selepas pengambilalihan, Grab akan mempunyai kehadiran di 21 bandar di Taiwan. Gabungan produk berasaskan AI dan pengalaman operasi Grab dengan liputan luas foodpanda di seluruh Taiwan dijangka meningkatkan keberkesanan operasi dan pengalaman pelanggan.

Syarikat itu menyasarkan untuk menyelesaikan sepenuhnya peralihan semua pengguna, peniaga dan rakan pemandu ke aplikasi Grab menjelang awal 2027.

Berkaitan

  • GrabX Tiba Di Malaysia: AI Kini Faham Apa Anda Mahu, Sebelum Anda Sendiri Tahu
  • Foodpanda Tamatkan Operasi Di Thailand Mulai Mei Depan
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Grab Uji 'Women-Only Rides' (Beta) Di Lembah Klang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY