Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foodpanda Tamatkan Operasi Di Thailand Mulai Mei Depan

Foodpanda Tamatkan Operasi Di Thailand Mulai Mei Depan

Diterbitkan April 23, 2025 ยท Dikemas kini April 23, 2025 oleh Amalina Athman

foodpanda akan menghentikan operasi platform, perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit di Thailand mulai 23 Mei 2025, menurut pengumuman rasmi syarikat induknya, Delivery Hero, pada Rabu.

Keputusan itu selari dengan strategi global Delivery Hero yang kini memberi tumpuan kepada “pengoptimuman geostrategi syarikat”, seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini menerusi penamatan operasi di beberapa negara lain termasuk Denmark, Ghana, Slovakia dan Slovenia.

“Delivery Hero akan terus memberi tumpuan kepada rantau Asia Pasifik (APAC) lain yang menawarkan pulangan lebih tinggi,” kata syarikat itu.

Difahamkan, foodpanda menghadapi kesukaran dalam pasaran penghantaran makanan di Thailand yang sangat mencabar, dengan hanya mencatatkan pegangan pasaran kurang daripada 15%, jauh ketinggalan di belakang Lineman Wongnai (44%) dan GrabFood (39.4%).

Tahun lalu, Delivery Hero dilaporkan cuba menjual sebahagian daripada perniagaan foodpanda di Asia Tenggara, tetapi rundingan dibatalkan kerana gagal mencapai persetujuan dengan bakal pembeli.

Sementara itu, syarikat itu berkata pasukan serantau yang berpangkalan di Thailand, yang menyediakan perkhidmatan seperti pemasaran dan operasi sumber manusia untuk rantau Asia-Pasifik, akan terus beroperasi seperti biasa.

Berkaitan

  • Delivery Hero Dilapor Mahu Jual Operasi foodpanda, Grab Mungkin Ambil Alih
  • Delivery Hero Batalkan Rundingan Untuk Jualan foodpanda
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini

Sumber: Bangkok Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY