Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Grab Uji ‘Women-Only Rides’ (Beta) Di Lembah Klang

Posted on Mac 10, 2026Mac 11, 2026

Grab kini memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai Women-Only Rides (Beta) yang membolehkan penumpang wanita menempah perjalanan bersama pemandu wanita. Ciri ini diperkenalkan sebagai usaha meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna wanita ketika menggunakan perkhidmatan e-panggilan (e-hailing).

Buat masa ini, fungsi tersebut hanya tersedia di Lembah Klang dan boleh digunakan melalui ciri Advance Booking dalam aplikasi Grab.

Melalui tempahan awal ini, sistem Grab mempunyai masa untuk memadankan penumpang wanita dengan rakan pemandu wanita yang tersedia.

Ciri Women-Only Rides (Beta) hanya boleh dilihat oleh pengguna wanita dalam aplikasi. Namun begitu, pengguna perlu terlebih dahulu memastikan jantina telah diisytiharkan dalam profil Grab serta melengkapkan proses pengesahan identiti dalam aplikasi.

Menurut Grab, proses pengesahan tersebut mungkin mengambil masa sehingga tiga hari bekerja sebelum pengguna boleh mengakses pilihan tersebut.

Untuk membuat tempahan, pengguna hanya perlu memasukkan lokasi pengambilan dan destinasi seperti biasa.

Kemudian, di bahagian pilihan perjalanan di bawah kategori “Standard”, pengguna boleh memilih Women-Only Rides (Beta) sebelum menetapkan tarikh dan masa perjalanan melalui Advance Booking.

Perjalanan ini terbuka kepada penumpang wanita sama ada secara individu atau dalam kumpulan, selagi semua penumpang adalah wanita.

Sebelum ini, Grab juga pernah memperkenalkan ciri Women Passengers Preferred (Beta) yang memberi pilihan kepada pemandu wanita untuk lebih kerap dipadankan dengan penumpang wanita. Namun, ciri tersebut hanya meningkatkan kebarangkalian padanan dan tidak menjamin perjalanan wanita dengan pemandu wanita.

Berbeza dengan itu, Women-Only Rides (Beta) dilihat sebagai pendekatan yang lebih khusus dengan menyediakan pilihan tempahan perjalanan yang direka khas untuk penumpang wanita.

Buat masa ini, Grab belum menyatakan sama ada ciri tersebut akan diperluaskan ke kawasan lain di Malaysia selepas fasa percubaan ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress