Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GrabX Tiba Di Malaysia: AI Kini Faham Apa Anda Mahu, Sebelum Anda Sendiri Tahu

GrabX Tiba Di Malaysia: AI Kini Faham Apa Anda Mahu, Sebelum Anda Sendiri Tahu

Diterbitkan April 8, 2025 · Dikemas kini April 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Grab melancarkan GrabX, satu siri produk baharu dengan konsep “For Every You“, direka khusus untuk memenuhi keperluan harian pengguna melalui penggunaan teknologi AI secara lebih meluas dalam ekosistem Grab.

Penawaran GrabX di Malaysia termasuk:

Grab for Family | Teens (Bermula Mei 2025):

Akaun khas untuk remaja (13-17 tahun) yang membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan Grab secara selamat dengan ciri keselamatan tambahan seperti:

  • Pemandu yang disahkan mempunyai rekod terbaik.
  • Pengesahan PIN sebelum menaiki kenderaan.
  • AudioProtect (pemantauan audio dalam kenderaan secara masa nyata dengan AI).
  • Pemantauan perjalanan oleh ibu bapa/pengasuh.

Large Order Experience (GrabFood) (Telah tersedia):

Sistem penghantaran makanan yang dipertingkatkan dengan AI bagi pesanan bersaiz besar seperti ketika musim perayaan. Pesanan besar sama ada dihantar menggunakan kenderaan 4 roda atau dibahagikan kepada dua penghantar motosikal bagi memastikan makanan sampai tepat pada masa.

GrabFood for One (Telah tersedia di Malaysia):

Pilihan makanan berpatutan untuk individu tanpa pesanan minimum dengan caj penghantaran rendah tetap, memudahkan pengguna menikmati makanan secara solo tanpa kos tinggi.

Advance Booking (Airport Pickup) (Tersedia di KLIA1):

Pengambilan di lapangan terbang yang boleh ditempah awal, dengan sistem yang mengesan masa ketibaan penerbangan pengguna, memastikan pemandu bersedia tepat pada masa.

Grab Travel Pass (Telah tersedia di Malaysia):

Pas pelancongan yang boleh dibeli dalam aplikasi Grab sebelum melancong, mengandungi baucar khas untuk pengangkutan, makanan, dan perkhidmatan lain bagi kemudahan perjalanan di seluruh Asia Tenggara.

GrabX meletakkan AI sebagai teras utama dengan pendekatan “AI-First with Heart“, memastikan teknologi digunakan dengan cara yang benar-benar memudahkan kehidupan harian pengguna di Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • GrabPay Akan Kenakan Caj 1% Tambah Nilai Dari Kad Kredit Bermula 11 September 2024
  • Grab Indonesia Tambah 1,000 EV Lagi, Majoritinya Dari BYD
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY