Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Advanced_1

Gemini Advanced Turut Dilancarkan, Berharga RM97.99/Bulan

Diterbitkan Februari 9, 2024 · Dikemas kini Februari 9, 2024 oleh Amalina Athman

Selain Gemini dengan akses percuma, Google turut melancarkan Gemini Advanced – memberikan akses kepada model AI Ultra 1.0.

Berkaitan

  • Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android

Dengan model Ultra 1.0, Gemini Advanced mempunyai keupayaan untuk tugasan yang lebih kompleks seperti pengekodan, penaakulan logik, mengikut arahan serta inspirasi kreatif.

Sebagai contoh, ia boleh membantu content creator atau pencipta kandungan beralih daripada idea kepada penciptaan dengan menjana kandungan baharu, menganalisis trend terkini dan memberikan cara yang lebih baik untuk mengembangkan khalayak mereka.

Menurut Google, versi pertama Gemini Advanced mencerminkan kemajuan semasa teknologi AI yang dibangunkan oleh gergasi teknologi itu. Pengguna Gemini Advanced akan mempunyai akses kepada keupayaan multimodal yang diperluaskan, ciri pengekodan yang lebih interaktif, keupayaan analisis data yang lebih mendalam dan banyak lagi.

Ketersediaan

Gemini Advanced tersedia hari ini di lebih 150 negara dan wilayah dalam bahasa Inggeris, dan akan diperluaskan kepada lebih banyak bahasa dari semasa ke semasa.

Gemini Advanced_2

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga langganan RM97.99/bulan. Namun begitu, Google memberikan dua bulan tempoh percubaan secara percuma.

Gemini Advanced_3

Pelan ini disertakan bersama semua faedah Google One Premium, termasuk storan 2TB. Selain itu, akses kepada Gemini dalam Gmail, Docs, Slide, Sheets dan banyak lagi akan tersedia kemudian.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY