Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-07T171655.009

Gemini Diperkenal, AI Google Yang Paling Berkuasa

Diterbitkan Disember 8, 2023 · Dikemas kini Disember 8, 2023 oleh Muhd Idham

Setelah diperkenalkan Google I/O mengenai teknologi kecerdasan buatan mereka pada bulan Mei 2023 yang lepas, Gemini 1.0 kini akan hadir di Google melalui Bard.

Gemini 1.0

Teknologi kecerdasan buatan daripada Google ini dikatakan dapat memahami, menjana dan menggabungkan pelbagai jenis bentuk maklumat seperti teks, kod, audio, imej dan video bagi membentuk satu multimodal asli yang mampu memberi pemahaman dengan jelas tentang sesuatu perkara atau benda itu.

Untuk pengetahuan anda, penciptaan model multimodal memerlukan latihan yang banyak terhadap sesuatu komponen itu supaya ia membuahkan hasil yang berbeza lalu dicantumkan hasilnya menjadi satu model yang asli.

Dari sudut Gemini 1.0 pula, Google melatihnya dengan menggunakan kaedah yang berbeza seperti TPU 4 dan TPU v5e (teknologi superkomputer yang dicipta khas untuk pembelajaran mesin).

Screenshot 2023-12-08 154209
TPU v5p

Sehubungan dengan itu, Google menegaskan bahawa Gemini 1.0 berkemampuan untuk menganalisis 200,000 kertas penyelidikan saintifik, menapis kandungannya dan ringkaskan kandungannya dalam masa sejam sahaja. Tambahan lagi, ia juga mampu untuk memahami, menerangkan dan menjana kod-kod berkualiti tinggi dalam bahasa pengekodan seperti Python, Java, C++ dan Go.

Gemini 1.0 hadir dalam tiga jenis model dengan kebolehan yang berlainan iaitu Gemini Ultra , Gemini Pro dan Gemini Nano.

Gemini Diperkenal, AI Google Yang Paling Berkuasa

Dalam pada itu, Google menyarankan pihak umum yang berminat untuk mencuba teknologi Gemini 1.0 ini supaya mencuba versi Bard dengan Gemini Pro terlebih dahulu. Teknologi Bard dengan Gemini Pro dikatakan telahpun tersedia untuk kegunaan penduduk United Kingdom dan Eropah.

Tambahan pula, ketersediaan Gemini 1.0 ke platform Google Search, Chrome, Duet AI dan Ads dijangka akan mula dikuatkuasa dalam beberapa bulan lagi dengan pengurangan SGE (Carian Pengalaman Generatif) sebanyak 40%.

Berkaitan

  • Ini Apa Yang Baharu Dalam Google Forms
  • Lenovo Legion Go Kini Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,999
  • Elak 16 Aplikasi Ini, Perisian Hasad Android Dimuat Turun Lebih 12 Juta Kali Dari Google Play
  • Dapatkan Kekulit Mechamato Dalam PUBG Mobile 15 Disember

Sumber: google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY