Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google NotebookLM Kini Boleh Dimuat Turun Di Android, iOS – Ini Fungsi Menariknya

Google NotebookLM Kini Boleh Dimuat Turun Di Android, iOS – Ini Fungsi Menariknya

Diterbitkan Mei 20, 2025 ยท Dikemas kini Mei 20, 2025 oleh Amalina Athman

Menjelang acara I/O 2025, Google kini melancarkan aplikasi mudah alih NotebookLM untuk pengguna Android dan iOS.

Bagi yang belum tahu, NotebookLM merupakan aplikasi nota pintar yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) daripada Google. Ia menggunakan model bahasa raya (LLM) untuk membantu pengguna menyimpan, menyusun, dan fahamkan nota atau maklumat dengan lebih mudah dan pantas.

Versi mudah alih ini turut mengekalkan fungsi utama seperti versi desktop, termasuk kebolehan memuat naik sumber maklumat daripada fail PDF, laman web, YouTube atau teks yang disalin – yang mana semuanya boleh diringkaskan secara automatik oleh aplikasi.

Ringkasan Audio (Audio Overviews) luar talian

Bukan sahaja menyediakan ringkasan audio dengan gaya podcast, malah ciri Audio Overviews ini juga membolehkan pengguna memuat turun audio untuk didengar semula tanpa perlu sambungan internet.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/05/20112749/OFFLINE_MODE_R4.mp4

Selain itu, pengguna juga boleh memainkan ringkasan audio ini secara latar, sesuai bagi yang mahu melakukan tugasan lain sambil mendengar.

Interaksi dengan hos AI

Google NotebookLM Kini Boleh Dimuat Turun Di Android, iOS – Ini Fungsi Menariknya

Seperti ringkasan audio, ciri interaksi ini juga mempunyai dua hos AI. Bezanya, ciri ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan hos, mencelah perbualan, bertanya soalan dan sebagainya ketika perbincangan sedang berlangsung.

Tambah sumber ke NotebookLM dari mana-mana

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/05/20113106/SHARESHEET_R2-1.mp4

Apabila melayari laman web, membuka fail PDF, atau menonton video di YouTube, tanpa mengira aplikasi yang digunakan, pengguna hanya perlu tekan ikon “Share” pada peranti dan pilih “NotebookLM” untuk menambahnya sebagai sumber baharu atau melengkapkan sumber sedia ada.

Dari segi penggunaan, NotebookLM ini memudahkan pengguna, terutamanya pelajar, untuk meringkaskan nota dengan pantas.

Contohnya, pengguna boleh memasukkan semua nota ke dalam aplikasi ini. Jika ingin ulang kaji, hanya perlu tanya soalan seperti “Apa isi penting bab 3 dalam ekonomi?” dan NotebookLM akan memberikan jawapan ringkas berdasarkan sumber nota yang dimuat naik.

Aplikasi ini sudah tersedia di Apple App Store (iOS 17 ke atas, iPhone dan iPad) serta Google Play Store (Android 10 ke atas, telefon dan tablet).

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Pengguna Kini Boleh Akses Gemini Tanpa Perlu Log Masuk
  • Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses 'Audio Overview' Di Aplikasi Gemini
  • Google Dedah UI Android 16 Sasar Generasi Muda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY