Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_2

Google Tolak Lebih 1.75 Juta Permohonan Aplikasi Di Play Store Sepanjang 2025

Diterbitkan Februari 20, 2026 · Dikemas kini Februari 20, 2026 oleh Amalina Athman

Google telah menolak lebih 1.75 juta aplikasi yang melanggar polisi daripada diterbitkan di Play Store dan menamatkan lebih 80,000 akaun pembangun yang cuba menerbitkan aplikasi berbahaya, sepanjang 2025.

Tinjauan tahunan gergasi teknologi itu terhadap keselamatan Android dan Google Play Store menunjukkan keberkesanan langkah perlindungan yang dilaksanakan dalam mengekalkan ekosistem dengan pembangun jujur dan aplikasi yang mematuhi peraturan.

Google Tolak Lebih 1.75 Juta Permohonan Aplikasi Di Play Store Sepanjang 2025
Foto: Google

Selain menolak aplikasi bermasalah, Google juga berjaya menghalang 255,000 aplikasi daripada mendapat akses berlebihan kepada data sensitif pengguna. Dengan alat seperti Play Policy Insights di Android Studio dan bahagian keselamatan data, pembangun digalakkan meminimumkan permintaan akses sensitif dan menitikberatkan privasi pengguna dalam setiap aplikasi.

Google Play Protect juga memainkan peranan penting. Sistem ini mengimbas lebih 350 bilion aplikasi Android setiap hari, termasuk aplikasi dari luar Google Play, untuk mengenal pasti perisian berniat jahat. Tahun lalu, lebih 27 juta aplikasi berbahaya dikesan dan disekat sebelum membahayakan pengguna.

Google Tolak Lebih 1.75 Juta Permohonan Aplikasi Di Play Store Sepanjang 2025

Dengan pengesahan pembangun, pemeriksaan sebelum semakan, dan panduan keselamatan, Google memudahkan pembangun jujur membina aplikasi yang mematuhi polisi, sambil menutup ruang bagi pihak berniat jahat.

Google menegaskan bahawa keselamatan pengguna tetap menjadi keutamaan, dan usaha berterusan ini menjadikan Google Play sebagai ekosistem aplikasi yang lebih selamat dan boleh dipercayai untuk semua.

Berkaitan

  • Google Perbaharui Play Store - Tab You, 'Guided Search', Gemini AI
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Google Play Store Akan Papar Amaran Aplikasi Cepat Habiskan Bateri
  • Pengguna Android Digesa Hati-Hati Dengan Aplikasi Keselamatan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY