Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_2

Google Play Store Akan Papar Amaran Aplikasi Cepat Habiskan Bateri

Diterbitkan November 12, 2025 · Dikemas kini November 12, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan polisi baharu di Play Store yang akan mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap aplikasi yang menyebabkan penggunaan bateri secara berlebihan.

Seperti dilaporkan Android Authority, sebagai sebahagian daripada panduan kualiti teknikal untuk pembangun, Google memperkenalkan pemeriksaan prestasi baharu untuk aplikasi Android.

Pemeriksaan ini menumpukan pada satu tingkah laku dikenali “wake lock”, yang berfungsi untuk memastikan telefon terus aktif walaupun skrin ditutup. Ia berguna untuk perkara seperti main balik muzik atau memuat turun fail, tetapi jika digunakan secara tidak perlu oleh sesetengah aplikasi, ia juga antara penyebab utama bateri cepat habis.

Mulai 1 Mac 2026, jika aplikasi dikesan menggunakan wake lock secara berlebihan, iaitu menghalang telefon pengguna berehat untuk jangka masa panjang, Google mungkin mengambil tindakan terhadap aplikasi itu di Play Store.

Menurut syarikat itu, aplikasi yang cepat menghabiskan bateri mungkin tidak akan dipaparkan di bahagian penemuan utama seperti cadangan Play Store.

amaran aplikasi cepat habiskan bateri

Dalam beberapa kes, Google juga akan memaparkan amaran pada halaman aplikasi untuk memberitahu pengguna bahawa aplikasi tersebut boleh menyebabkan bateri telefon cepat habis.

Polisi baharu ini dibina berdasarkan “metrik kualiti teknikal teras” sedia ada Google, yang sebelum ini menjejak perkara seperti aplikasi terhenti mengejut dan tingkah laku tidak responsif.

Berkaitan

  • Ini Aplikasi Pemanduan Yang Paling Cepat Habiskan Bateri Telefon Pintar - Analisis
  • Ciri AI “Ask Play about this app” Kini Tiba Di Google Play Store
  • Google Perbaharui Play Store - Tab You, 'Guided Search', Gemini AI
  • Cara Buat Slaid Pembentangan Dengan Google Gemini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY