Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Android Digesa Hati-Hati Dengan Aplikasi Keselamatan Ini

Pengguna Android Digesa Hati-Hati Dengan Aplikasi Keselamatan Ini

Diterbitkan Februari 10, 2026 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan siber dari Bitdefender telah melaporkan penemuan kempen perisian hasad Android baharu yang dikenali sebagai TrustBastion.

Perisian hasad ini dikesan menyamar sebagai aplikasi keselamatan, memaparkan amaran palsu dan memujuk pengguna untuk memasang aplikasi tersebut.

Pengguna Android Digesa Hati-Hati Dengan Aplikasi Keselamatan Ini

Selepas dipasang, ia bertindak sebagai “dropper” yang memuat turun komponen jahat tambahan.

Lebih berbahaya, ia meminta kebenaran aksesibiliti Android, membolehkan ia membaca kandungan skrin, mencuri PIN serta kata laluan, dan meletakkan skrin log masuk palsu di atas aplikasi sah.

Pengguna Android Digesa Hati-Hati Dengan Aplikasi Keselamatan Ini
Membenarkan akses penuh pada aplikasi ini menyebabkan risiko pencurian data sensitif daripada aplikasi perbankan, mesej dan pembayaran.

Penyelidik menjelaskan, malware ini menggunakan platform Hugging Face untuk menyebarkan kemas kini, menjadikannya sukar dikesan.

Ekoran itu, penyelidik Bitdefender telah menghubungi pihak Hugging Face dan mereka dengan segera telah memadamkan set data yang mengandungi perisian hasad tersebut

Ia juga menggunakan apa yang dipanggil sebagai teknik polimorfisme pelayan bagi menghasilkan ribuan varian setiap bulan untuk mengelak sistem antivirus.

Sehubungan itu, pengguna Android  digesa untuk hanya memuat turun aplikasi dari Google Play Store, elak memberi kebenaran akses yang tidak perlu pada aplikasi, mengaktifkan Google Play Protect, serta segera membuang aplikasi mencurigakan.

Berkaitan

  • Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad DroidLock
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Chatbot AI Didapati Beri Nasihat Kesihatan Tidak Tepat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY