Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini in Chrome_2

Google Tambah Gemini AI Dalam Chrome

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh Amalina Athman

Google mengumumkan Gemini AI kini ditawarkan dalam Chrome untuk semua pengguna Mac dan Windows, bermula di Amerika Syarikat. Sebelum ini, ciri tersebut hanya terhad kepada pelanggan berbayar Google AI Pro dan Google AI Ultra.

Gemini in Chrome_1

Di bahagian kanan atas pelayar, pengguna akan melihat simbol kecil Gemini. Melalui antara muka Ask Gemini, pengguna boleh terus mengajukan soalan berkaitan tab yang sedang dibuka.

Gemini dalam Chrome juga menyokong penggunaan berbilang tab, membolehkan pengguna membandingkan serta merumuskan maklumat daripada beberapa laman web dengan serentak.

Gemini in Chrome_4

Ia turut diintegrasikan dengan aplikasi Google seperti Google Docs dan Calendar.

Tidak lama lagi, sokongan ini akan diperluaskan ke aplikasi Chrome di Android dan iOS, membolehkan pengguna mengajukan soalan serta merumuskan halaman terus dari telefon.

Welcome to the new @GoogleChrome. 🎉 With AI built in, your browser is no longer just a window to the web — it’s an intelligent, proactive partner that can better anticipate your needs, help you understand more complex information and make you more productive, all while keeping… pic.twitter.com/jY2jDULxmb

— Google (@Google) September 18, 2025

Selain itu, Google turut berkongsi beberapa perancangan baharu untuk Chrome. Antaranya termasuk memperkenalkan keupayaan agentic ke dalam pelayar, menambah ciri carian AI Mode pada bar alamat, memperkenalkan fungsi Gemini lebih canggih dan pelbagai lagi.

Berkaitan

  • Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini 'Nano Banana'
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Populariti Melonjak, Nano Banana Catat Lebih 10 Juta Pengguna Baharu Gemini
  • Ini Had Penggunaan Gemini Untuk Akaun Percuma, Plus, Pro Dan Ultra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY