Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Siri Apple_image wisermy_3

Google Sahkan Siri Dikuasakan Gemini Akan Tiba Hujung Tahun Ini

Diterbitkan April 23, 2026 · Dikemas kini April 23, 2026 oleh Amalina Athman

Ketua Google Cloud, Thomas Kurian, menerusi acara Google Cloud Next 2026 berkongsi perkembangan mengenai kerjasama dengan Apple, dengan mengesahkan bahawa Siri yang dikuasakan Gemini akan dilancarkan lewat tahun ini.

“Awal tahun ini, kami mengumumkan satu kerjasama besar dengan salah satu jenama paling ikonik yang akan membawa kuasa teknologi kami kepada pengguna di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan Apple sebagai penyedia awan pilihan mereka untuk membangunkan generasi baharu Apple Foundation Models berdasarkan teknologi Gemini. Model-model ini akan menguasakan ciri Apple Intelligence pada masa hadapan termasuk Siri yang lebih diperibadikan, yang akan hadir lewat tahun ini,” katanya.

Seperti dilaporkan MacRumors, Apple pada asalnya menyasarkan pelancaran Siri dengan Apple Intelligence sekitar Mac 2026, namun berdepan beberapa cabaran dari segi ketepatan sistem. Walaupun begitu, Apple masih belum mengumumkan tarikh rasmi di luar tahun 2026, menjadikan pembangunan ini masih dalam garis masa yang dirancang.

Kurian juga menyebut Google Cloud kini menjadi “preferred cloud provider” untuk Apple. Namun, masih belum jelas sama ada Siri baharu akan menggunakan Private Cloud Compute Apple sepenuhnya atau turut dijalankan pada pelayan Google.

Dalam masa sama, Apple sebelum ini dilaporkan meminta Google untuk meneliti kemungkinan menyediakan pelayan di pusat data Google bagi menyokong peningkatan penggunaan Siri apabila versi baharu ini dilancarkan.

Berkaitan

  • Apple Pilih Model Gemini Untuk Kuasakan Apple Intelligence - Termasuk Siri Versi Baharu
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Dilapor Bakal Rombak Siri, Jadikan 'Chatbot' Terbina Dalam iOS 27

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY