Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_PCMAg

Ciri AI “Ask Play about this app” Kini Tiba Di Google Play Store

Diterbitkan September 4, 2025 · Dikemas kini September 4, 2025 oleh ariff bukhari

Pengguna Android kini mula menerima ciri AI baharu di Google Play Store. Ciri yang dikenali sebagai “Ask Play about this app” ini mula diperkenalkan pada Mac lalu.

Kini ia dilancarkan secara meluas kepada semua pengguna Android secara berperingkat.

Ciri yang dikuasakan oleh Gemini AI ini membolehkan pengguna bertanya soalan khusus mengenai sesuatu aplikasi terus di halaman Play Store.

Contohnya soalan umum seperti “Bagaimana cara guna app ini?” atau soalan lebih terperinci seperti “Sejauh mana antaramuka pengguna aplikasi ini responsif?”

WhatsApp Image 2025-09-04 at 06.54.40
WhatsApp Image 2025-09-04 at 6.54.53 AM

Selain itu, Play Store turut mencadangkan soalan lazim untuk pengguna mendapatkan jawapan segera daripada Gemini, sekali gus mengurangkan keperluan pengguna mencari maklumat di internet.

Walau bagaimanapun, jawapan AI tidak sentiasa sempurna. Ada soalan yang mungkin tidak dijawab dengan tepat, contohnya kos langganan sesuatu aplikasi.

Tambahan pula, ciri ini belum tersedia untuk semua aplikasi, termasuk beberapa aplikasi milik Google sendiri.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Microsoft Edge Di Android Kini Boleh Mainkan YouTube Di Latar Belakang Tanpa Premium
  • Kumpul Data Tanpa Izin, Google Didenda ~RM1.7 Bilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY