Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Mula Papar Amaran Jika Aplikasi Guna Bateri Secara Berlebihan

Google Play Mula Papar Amaran Jika Aplikasi Guna Bateri Secara Berlebihan

Diterbitkan Mac 6, 2026 · Dikemas kini Mac 6, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas diumumkan tahun lalu, Google kini mula memaparkan kotak amaran pada halaman aplikasi di Play Store yang dikenal pasti menyebabkan penggunaan bateri secara berlebihan.

Diperkenalkan sejak 1 Mac lalu, kotak amaran tersebut akan memaparkan mesej “aplikasi ini mungkin menggunakan lebih banyak bateri daripada dijangka disebabkan aktiviti latar yang tinggi.”

Google Play Store Battery_

Walaupun mesej berkenaan agak umum, ia sebenarnya merujuk kepada aplikasi yang secara konsisten melepasi ambang “Excessive Partial Wake Lock” dalam sistem Android.

Partial Wake Lock ialah mekanisme yang memastikan pemproses (CPU) telefon terus berjalan walaupun skrin dimatikan dan aplikasi tidak digunakan secara langsung. Google mengakui mekanisme ini diperlukan untuk ciri dan situasi tertentu, namun ada aplikasi yang menggunakannya secara berlebihan sehingga menjejaskan penggunaan bateri.

Perubahan ini bertujuan menggalakkan pembangunan aplikasi Android yang lebih cekap tenaga dengan mendorong pembangun memperbaiki cara aplikasi mengendalikan proses latar belakang. Selain memaparkan amaran kepada pengguna, aplikasi yang dikenal pasti menggunakan bateri secara berlebihan juga berpotensi dikeluarkan daripada senarai cadangan di Google Play.

Secara tidak langsung, pengguna dapat mengenal pasti aplikasi yang mungkin menggunakan bateri secara berlebihan dan membantu memastikan penggunaan bateri peranti lebih efisien dalam jangka panjang.

Berkaitan

  • Google Perbaharui Play Store - Tab You, 'Guided Search', Gemini AI
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Google Play Store Akan Papar Amaran Aplikasi Cepat Habiskan Bateri
  • Google Tolak Lebih 1.75 Juta Permohonan Aplikasi Di Play Store Sepanjang 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY