Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured image gemini slide

Cara Buat Slaid Pembentangan Dengan Google Gemini

Diterbitkan November 7, 2025 oleh ainabatrisyia

Sekarang, anda tidak perlu pening lagi untuk membuat slaid pembentangan. Dengan bantuan Google Gemini, anda boleh menghasilkan slaid pembentangan yang lengkap dengan tema dan warna yang menarik.

Lebih menarik lagi, walaupun anda tidak mempunyai akses kepada pelan Gemini berbayar, anda masih boleh menggunakan cara ini. Anda boleh ikut langkah-langkah di bawah.

Mula-mula anda perlu pergi ke Gemini dan klik ‘Tools’ di ruangan carian, dan klik ‘Canvas’. Pastikan anda telah pun sign up untuk akaun Gemini anda.

Cara Buat Slaid Pembentangan Dengan Google Gemini

Setelah itu, anda perlu memuat naik fail pdf tentang topik yang anda inginkan. Kemudian, masukkan prompt untuk menjana slaid mengikut kemahuan anda.

Di sini sebagai contoh, prompt yang digunakan adalah “Generate a 10 pages slide untuk pitch idea ni kepada pensyarah, gunakan tema warna pastel dengan design yang minimalist“. (Anda boleh prompt mengikut kehendak anda)

upload files
Cara Buat Slaid Pembentangan Dengan Google Gemini

Kemudian, anda hanya perlu menunggu slaid anda siap dijana oleh Gemini.

slide blurred

Apabila slaid telah siap dijana, anda boleh sunting semula slaid dengan klik ‘Export to Slides’. Dengan ini, anda boleh mula menyunting slaid di Google Slides mengikut kemahuan anda dan muat turun slaid yang siap disunting seperti biasa.

export to slides blurred
edit 2

Tapi, jika anda sudah berpuas hati dengan slaid yang dijana oleh Gemini anda boleh terus memuat turun slaid itu ke dalam bentuk PDF dengan menekan butang ‘Download’.

download blurred

Kaedah ini sangat memudahkan para pelajar dan pekerja untuk menghasilkan slaid dalam masa yang singkat. Terutama sekali jika anda buntu untuk menghasilkan slaid yang sesuai untuk pembentangan di saat akhir.

Berkaitan

  • Google Gemini Kini Boleh Hasilkan Buku Cerita
  • Gemini Enterprise Dilancarkan, Platform Ejen AI Untuk Naikkan Produktiviti Perniagaan
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • GM Rancang Guna AI Gemini, Bolehkan Pemandu Bercakap Dengan Kereta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY