Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
navigation app

Ini Aplikasi Pemanduan Yang Paling Cepat Habiskan Bateri Telefon Pintar – Analisis

Diterbitkan Oktober 13, 2024 · Dikemas kini Oktober 14, 2024 oleh ariff bukhari

Di era moden ini, kebanyakan orang sangat bergantung pada telefon pintar mereka terutamanya dalam pemanduan bagi tujuan seperti mencari arah lokasi yang hendak dituju.

Malah terdapat beratus-ratus aplikasi navigasi dan perjalanan yang tersedia untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, sesetengah aplikasi boleh menghabiskan bateri telefon lebih daripada aplikasi yang lain.

Jadi, penyelidik penyedia pajakan kereta dan van terkemuka di UK, Nationwide Vehicle Contracts Limited telah mengambil inisiatif untuk menganalisis 100 aplikasi navigasi di Apple App Store dan Google Play untuk mengetahui platform mana yang paling banyak menghabiskan bateri peranti pengguna.

Hasil daripada analisis itu mereka mendapati, aplikasi inDrive adalah aplikasi yang paling kuat menghabiskan bateri telefon di kalangan pemandu di seluruh dunia.

“Penyelidikan kami mendapati bahawa inDrive ialah aplikasi auto yang paling banyak menghabiskan bateri pengguna di seluruh dunia, dengan skor kehabisan bateri sebanyak 20 daripada 20.”

Menurut Nationwide, inDrive merupakan aplikasi perkongsian perjalanan dan teksi kedua terbesar di dunia yang beroperasi di 46 buah negara.

Malah menurut penyelidik Nationwide, berdasarkan data yang diperoleh itu, mereka mendakwa inDrive juga mempunyai akses kepada kebanyakan data pengguna.

“Pengguna mungkin tidak menyedari bahawa aplikasi ini sebenarnya mempunyai akses kepada lokasi, maklumat kewangan dan juga foto dan video. Walaupun maklumat ini dipaparkan di gedung aplikasi rasmi, ramai orang mengabaikan maklumat yang sangat penting ini apabila memuat turun aplikasi ke telefon mereka.”

Di tempat kedua pula dikongsi oleh aplikasi navigasi dari Perancis, OnX oleh Bonjour RATP dan aplikasi perkhidmatan pengangkutan awam UK, National Express Coach dengan skor kehabisan bateri pada 16/20.

Di tempat ketiga pula dikongsi bersama platform navigasi Rusia, Yandex, aplikasi AS, Lyft dan aplikasi navigasi UK, Back Seat Navigator dengan skor kehabisan bateri sebanyak 15/20.

Ini Aplikasi Pemanduan Yang Paling Cepat Habiskan Bateri Telefon Pintar – Analisis

Berikut pula adalah aplikasi pemanduan yang paling jimat penggunaan bateri untuk peranti Android dan iOS menurut Nationwide:

Ini Aplikasi Pemanduan Yang Paling Cepat Habiskan Bateri Telefon Pintar – Analisis

Nationwide dalam laporannya menyimpulkan, disebabkan kebenaran aplikasi berbeza antara peranti Apple dan Android, pengalaman pengguna dengan kehabisan bateri akan berbeza-beza bergantung pada peranti yang dimiliki.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Qualcomm AI Orchestrator, Teknologi AI Lebih Pintar Dan Responsif
  • CASETiFY Lancar Aksesori iPhone Edisi Terhad Batmobile™

Sumber: Nationwide Vehicle Contracts

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY