Menyokong ciri arahan suara “Hey Google”.
Apabila Apple hadir dan menguasai pasaran fon telinga pintar selepas memperkenalkan AirPods pada September 2016 lalu, syarikat-syarikat teknologi dan pengeluar aksesori peranti pintar lain telah berlumba-lumba turut sama memperkenalkan versi fon telinga pintar mereka sendiri.
Antara syarikat yang telah memperkenalkan versi fon telinga pintar mereka adalah Xiaomi AirDots, Vivo TWS Earphone, Surface Earbuds dan terbaru Google Pixel Bud.
Google Pixel Bud dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti sokongan arahan suara “Hey Google” untuk akses segera Google Assistant, dilengkapi pengimbas yang mengesan suara apabila pengguna sedang bercakap, butang sentuh untuk kawalan, kalis dari peluh dan air untuk aktiviti lasak, mampu menterjemah bahasa pada masa sebenar, ciri pengesan lokasi sekiranya anda terlupa kedudukan Pixel Bud dan banyak lagi.
Google Pixel Bud dijangka hanya akan ditawarkan pada tahun hadapan untuk pasaran A.S dahulu pada harga USD179.00. Untuk info lebih lanjut, layari laman muka Google Store Pixel Bud.
https://www.youtube.com/watch?v=2MmAbDJK8YY
Berkaitan
- Pengguna Android Tidak Boleh Mengharapkan Ciri Keselamatan Google Play Protect Semata-Mata
- Google Glass Kembali Muncul Dengan Versi Terbaru Glass Enterprise Edition 2
- Google Melanjutkan Lagi Tempoh Sokongan Pelayar Chrome Di Windows 7 Sehingga Tahun 2022
- Jangan Muat Turun Aplikasi Palsu Samsung Ini Dari Google Play Store
- Anda Kini Boleh Menukar Imej Latar Belakang Google Meet
- Bermula 2022 Google Akan Menggunakan Bahan Kitar Semula Pada Perkakasan Dan Peranti Mereka
- Google Photos Kini Membenarkan Pengguna Tag Individu Di Dalam Foto Secara Manual
- Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Had Saiz Storan Google Bermula 1 Jun 2021
- Kemas Kini Windows 10 Memberikan Masalah Menjengkelkan Kepada Pengguna Pelayar Google Chrome
- Huawei Sedang Berusaha Membangunkan Platfom Seperti Google Play Store Khusus Untuk HongmengOS