Terbaru, Xiaomi telah melancarkan satu fon telinga yang mempunyai ciri dan fungsi yang hampir sama dengan AirPods. Ya, semestinya dengan harga yang lebih murah dan mampu milik.
Namun, AirDots hanya mampu memberikan anda 4 jam tempoh penggunaan tanpa henti berbanding 5 jam oleh AirPods. Bekas simpanan atau pengecasannya pula mampu menyokong pengecasan penuh sebanyak tiga kali sekaligus membekalkan kuasa untuk 12 jam, hanya separuh dari apa yang ditawarkan oleh AirPods.
Cengkerang fon telinga itu juga berfungsi sebagai alat kawalan di mana ia boleh menjalankan beberapa arahan tertentu hanya dengan menyentuhnya. Xiaomi juga tidak menolak kemungkinan bahawa AirDots akan dibekalkan bersama belian telefon pintar mereka pada masa akan datang.
Ditawarkan pada harga 199 Yuan(~RM 71) di China bermula 11 November ini. Untuk rekod, Apple AirPods dijual pada harga RM 649 di laman rasmi Apple. Setakat ini Xiaomi masih belum mengumumkan tarikh penawaran AirDots ini ke pasaran antarabangsa.
Sumber: 9to5Mac
Berkaitan
- Alternatif iPhone 7: 4 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Ini
- Xiaomi Mi Mix 3 Disertakan Dengan Dok Pengecasan Tanpa Wayar Dalam Setiap Kotak Belian
- "Telefon Boleh Lipat Samsung Juga Merupakan Tablet Yang Boleh Disimpan Di Dalam Poket" - CEO Samsung
- Xiaomi Menjadualkan Acara Rasmi Untuk MWC 2019 Pada 24 Februari
- HTC Bakal Memperkenalkan 7 Telefon Pintar Tahun Ini
- Samsung Galaxy S10 Didakwa Boleh Menjadi Dek Pengecasan Tanpa Wayar
- Xiaomi Sahkan Redmi 6 dan Redmi 6A Akan Dilancarkan Pada 12 Jun Ini
- 5 Lagi Produk Apple Yang Gagal
- HTC U Ultra Dibina Dengan Snapdragon 821 Dan Tanpa Headphone Jack
- Xiaomi Keluarkan Iklan Acah Pertama Bagi Peranti Mi A2