Fon telinga tanpa wayar yang menyokong pelbagai ciri menarik.
Microsoft tidak mahu ketinggalan sama dalam persaingan fon telinga tanpa wayar pintar sepertimana Apple, Huawei dan lain-lain. Jadi hari ini, Microsoft telah memperkenalkan fon telinga terbaru mereka yang dikenali sebagai 'Surface Earbuds'.
Menerusi demo yang diperlihatkan Microsoft, Surface Earbuds bukan sahaja peranti audio bagi mendengar muzik atu menjawab panggilan telefon semata-mata. Sebaliknya terdapat pelbagai ciri menarik yang disokong oleh peranti tersebut.
Antara ciri yang disokongnya adalah fungsi arahan suara Cortana serta integrasi bersama aplikasi Office 365. Sebagai contoh pengguna boleh mengawal persembahan slaid pada PowerPoint dan lain-lain.
Ia juga menyokong ciri pada aplikasi pihak ketiga seperti mengaktifkan dan mengawal aplikasi Spotify, penterjemah bahasa dan banyak lagi.
Microsoft memaklumkan bahawa Surface Earbuds mampu beroperasi sehingga 24 jam pada setiap kali ia dicas penuh.
Microsoft Surface Earbudsdijual pada harga USD249 yang akan ditawarkan kemudian dalam tahun ini.
https://www.youtube.com/watch?v=xCGTkwVpGLs
Berkaitan
- Microsoft Menawarkan Kemas Kini Kumulatif Windows 10 KB4556799 Dan KB4551853
- MDEC Dan MaGIC Bekerjasama Dengan Microsoft Malaysia Memperkukuhkan Ekosistem Syarikat Pemula
- Surface Laptop Go 2 Mendarat Di Pasaran Tempatan, Harga Bermula RM3,488
- Microsoft Tidak Akan Membenarkan PC Yang Tidak Memenuhi Keperluan Minimum Windows 11 Menjalankan Sistem Operasi Tersebut
- Microsoft Perkenalkan 'Surface Laptop 3' 13 Inci Dan 15 Inci
- Microsoft Melepaskan Kemas Kini Terbaru Khusus Untuk Pengguna Windows XP Bagi Menangani Isu Perisian Hasad WannaCry
- Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp
- Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara
- Surface Duo, PS5 Dan Insta360 One R Antara Yang Tersenarai Dalam 100 Inovasi Terbaik Tahun 2020 Oleh Majalah Time
- Microsoft Meminta Pengguna Windows 7 Segera Mengemas Kini Sistem Operasi Komputer Mereka