Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google selfie sign in

Google Perkenal ‘Selfie Video’ Sebagai Pilihan Baharu Untuk Log Masuk Akaun

Diterbitkan Julai 23, 2026 · Dikemas kini Julai 23, 2026 oleh Amalina Athman

Google memperkenalkan satu lagi pilihan log masuk ke Akaun Google bagi memudahkan pengguna mengesahkan identiti dan mengakses semula akaun apabila diperlukan.

Dinamakan Selfie Video, ciri baharu ini membolehkan pengguna mengesahkan identiti menggunakan rakaman video wajah sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu merakam video swafoto terlebih dahulu dengan melihat ke arah kamera peranti dan mengikuti arahan pada skrin, termasuk melakukan beberapa pergerakan kepala bagi merakam wajah dari pelbagai sudut.

Video tersebut akan disimpan dalam Akaun Google sebagai rujukan untuk proses pengesahan identiti.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/23214736/Google_-_Forgot_your_password_Lost_your_phone_Can_t_get_into_your_account_KFfE1l.mp4

Sekiranya menghadapi masalah untuk log masuk pada masa akan datang, pengguna hanya perlu merakam satu lagi video swafoto. Google kemudian akan membandingkan video baharu itu dengan rakaman yang disimpan sebelum ini bagi mengesahkan bahawa individu tersebut ialah pemilik akaun.

Privasi dan keselamatan

Google menegaskan ciri ini dibangunkan dengan mengambil kira aspek privasi dan keselamatan. Video swafoto hanya digunakan untuk membantu proses log masuk, disimpan dalam bentuk encrypted, dan pengguna boleh memadamkannya pada bila-bila masa melalui tetapan Akaun Google.

Today, we’re adding a new, easy way to sign in to your Google Account. Introducing: selfie video.

It lets you access your Google Account even if you forget your password or lose your device. Here’s what to know ↓

🔹Your selfie video is only for helping you sign in, unless you… pic.twitter.com/eqIBC6VNyq

— News from Google (@NewsFromGoogle) July 23, 2026

Bagi mengurangkan risiko penyamaran menggunakan gambar atau video palsu seperti deepfake, Google menggunakan beberapa lapisan perlindungan. Antaranya termasuk membandingkan rakaman baharu dengan video yang disimpan, meminta pengguna melakukan pergerakan mudah bagi membuktikan rakaman dibuat secara langsung, serta mengesan percubaan log masuk yang mencurigakan.

Ketersediaan

Selfie Video melengkapkan pilihan log masuk sedia ada seperti passkeys dan recovery contacts. Ciri ini mula dilancarkan secara berperingkat dan pengguna boleh menyemak kelayakan serta mengaktifkannya melalui g.co/signin-selfie.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Tukar Alamat E-mel Akaun Google - Ini Caranya
  • Google Ubah Cara Sandaran Android Dikira Dalam Storan Akaun
  • Google Kini Mudahkan Pengguna Beralih Dari iPhone Ke Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY