Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelan Google AI Ultra_featured image

Google Perkenal Pelan ‘AI Ultra’ – Had Penggunaan Tertinggi, 30TB Storan

Diterbitkan Mei 21, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh Amalina Athman

Google hari ini turut memperkenalkan pelan langganan AI terbaru bernama “AI Ultra” yang menawarkan akses penuh kepada model AI tercanggih dengan harga $249.99 (~RM1069) sebulan.

Pelan ini menyediakan had penggunaan tertinggi untuk semua aplikasi AI Google, termasuk Gemini, NotebookLM, Whisk dan Flow – alat penghasilan video berasaskan AI yang dibangunkan menggunakan model Google DeepMind (Veo, Imagen, dan Gemini).

Menerusi pelan AI Ultra, pengguna akan mendapat akses penuh kepada ciri premium Flow seperti penjanaan video dalam resolusi 1080p, kawalan kamera yang canggih serta akses awal kepada model Veo 3.

pelan Google AI Ultra

Pelanggan pelan ini juga boleh mencuba Project Mariner, iaitu prototaip penyelidikan AI daripada Google yang mampu mengautomasikan sehingga 10 tugasan serentak, termasuk mencari maklumat, membuat tempahan dan membeli produk.

Selain itu, pelan AI Ultra turut disertakan dengan langganan individu YouTube Premium serta storan sehingga 30TB merangkumi Google Photos, Drive dan Gmail.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pelan Google AI Ultra hanya tersedia di Amerika Syarikat dan akan diperluaskan di lebih banyak negara tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, pelan AI Premium sedia ada kini diberi nama baharu, iaitu Google AI Pro, dengan penambahbaikan tanpa sebarang caj tambahan.

pelan Google AI Pro_

Pelanggan Google AI Pro turut mendapat akses kepada Flow serta akses awal kepada Gemini dalam Chrome.

Sama seperti pelan AI Ultra, ciri-ciri baharu ini akan diperkenalkan kepada pelanggan Google AI Pro di Amerika Syarikat terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negara lain.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Google Dedah UI Android 16 Sasar Generasi Muda
  • Google NotebookLM Kini Boleh Dimuat Turun Di Android, iOS - Ini Fungsi Menariknya
  • Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses Percuma Gemini Live Dengan Kamera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY