Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Nano Banana 2_

Google Perkenal Nano Banana 2, Janaan Imej Kini Lebih Pantas

Diterbitkan Februari 27, 2026 · Dikemas kini Februari 27, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan Nano Banana 2, versi lebih berkuasa bagi model penjanaan imej AI Nano Banana yang tular tahun lalu.

Model baharu ini, juga dikenali sebagai Gemini 3.1 Flash Image, mampu menghasilkan imej yang lebih realistik berbanding versi sebelumnya, dengan masa pemprosesan lebih pantas.

Nano Banana 2 membawakan kecerdasan berkelajuan tinggi Gemini Flash untuk penjanaan visual, membolehkan penghasilan imej secara berulang dilakukan dengan mudah.

Dengan menggunakan maklumat daripada pangkalan data Gemini dan carian web masa nyata, model ini boleh menghasilkan imej lebih tepat mengikut subjek tertentu. Kefahaman ini juga memudahkan penghasilan infografik, rajah atau paparan data.

Google Perkenal Nano Banana 2, Janaan Imej Kini Lebih Pantas

Selain itu, Nano Banana 2 membolehkan teks dalam imej dijana dengan jelas dan tepat, serta boleh diterjemah dan disesuaikan mengikut bahasa untuk perkongsian global.

Google menyatakan pengguna boleh menjana imej dengan resolusi antara 512px hingga 4K, termasuk pelbagai pilihan nisbah aspek.

In Nano Banana 2 you can generate images with new aspect ratios: 4:1, 1:4, 8:1 and 1:8.

Try it with these prompts:

1. A 4:1 panoramic photo I took on my phone, showing the luscious jungle view from my cabin
2. A 4:1 panoramic photo I took on my phone, showing the view from my… pic.twitter.com/U1IyaQWNkT

— Nano Banana 2 (@NanoBanana) February 26, 2026

Model ini mampu mengekalkan konsistensi watak sehingga lima karakter serta ketepatan sehingga 14 objek dalam satu aliran kerja bagi membantu penghasilan penceritaan visual yang lebih baik.

Google Perkenal Nano Banana 2, Janaan Imej Kini Lebih Pantas

Menurut Google, pengguna juga boleh memberikan arahan  lebih kompleks dengan perincian khusus untuk penjanaan imej. Pada masa sama, model ini mampu menghasilkan visual dengan pencahayaan lebih hidup, tekstur lebih kaya serta perincian lebih tajam tanpa menjejaskan kelajuan penjanaan imej.

The best of Nano Banana Pro 🍌 at the speed of Flash ⚡️

Nano Banana 2 brings studio-quality creative control and real-world reasoning to image generation.

See Nano Banana 2 in action🧵↓ pic.twitter.com/FQxZxGhSqK

— Google (@Google) February 26, 2026

Ketersediaan

Nano Banana 2 diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini. Model ini akan menggantikan Nano Banana Pro dan menjadi pilihan default dalam aplikasi Gemini untuk mod Fast, Thinking dan Pro.

Ia juga tersedia dalam pelbagai produk Google lain termasuk Google Search melalui AI Mode dan Lens, AI Studio, Vertex AI di Google Cloud, Flow serta Google Ads.

Bagi pengguna untuk pelan langganan Google AI Pro dan Ultra, akses kepada Nano Banana Pro masih dikekalkan untuk tugasan yang memerlukan ketepatan fakta lebih tinggi.

Berkaitan

  • Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini 'Nano Banana'
  • Populariti Melonjak, Nano Banana Catat Lebih 10 Juta Pengguna Baharu Gemini
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Google Lancar Nano Banana Pro - Kini Boleh Diakses Secara Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY