Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma

Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma

Diterbitkan November 21, 2025 · Dikemas kini November 21, 2025 oleh Amalina Athman

Google hari ini melancarkan Nano Banana Pro (Gemini 3 Pro Image), versi baharu model penjanaan dan penyuntingan imej Nano Banana yang diperkenalkan beberapa bulan lalu.

Dibina berasaskan Gemini 3 Pro, Nano Banana Pro mampu menjana visual yang lebih tepat dan penuh konteks, menggunakan keupayaan penaakulan yang dipertingkat, pengetahuan dan maklumat terkini.

Antaranya termasuk menjadikan data sebagai infografik, menukar nota tulisan tangan menjadi rajah dan banyak lagi. Dengan keupayaan penaakulan Gemini 3, Nano Banana Pro bukan sahaja menghasilkan imej yang menarik, malah membantu pengguna mencipta kandungan yang lebih berguna.

Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma
Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma
Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma

Selain itu, keupayaan untuk memaparkan teks dengan jelas terus di dalam imej, sama ada tagline pendek atau perenggan panjang, menjadikannya sesuai untuk menghasilkan poster atau jemputan dalam pelbagai terjemahan bahasa.

Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma
Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma
Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma

Pengguna juga boleh menggabungkan pelbagai elemen dalam satu komposisi, menggunakan sehingga 14 imej serta mengekalkan konsistensi dan persamaan sehingga 5 orang.

Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma

Nano Banana Pro turut menawarkan kawalan kreatif baharu. Pengguna boleh memilih dan menyunting secara lokal mana-mana bahagian imej, melaraskan sudut kamera, menambah kesan bokeh, menukar fokus, mengubah warna atau menukar pencahayaan daripada siang ke malam. Ia turut menyokong resolusi sehingga 4K dalam pelbagai aspek nisbah.

Google Lancar Nano Banana Pro – Kini Boleh Diakses Secara Percuma

Dengan pelancaran Nano Banana Pro, Google memberikan keupayaan kepada Gemini untuk mengenal pasti sama ada sesuatu imej dijana menggunakan AI Google. Imej yang dijana AI akan dilengkapi SynthID, serta mempunyai tera air yang kelihatan bagi imej yang dihasilkan oleh pengguna percuma dan AI Pro.

Ketersediaan

Google kini melancarkan Nano Banana Pro secara global dalam aplikasi mudah alih dan web Gemini apabila pengguna memilih “Create Image” dengan model Thinking.

Nano Banana Pro_

Pengguna tahap percuma akan menerima kuota terhad untuk mencuba model baharu ini, dan setelah mencapai had penggunaan, akses akan kembali kepada model asal Nano Banana.

Pelanggan Google AI Plus, Pro dan Ultra pula akan menerima kuota lebih tinggi.

Bagi AI Mode dalam Search, Nano Banana Pro tersedia di Amerika Syarikat untuk pelanggan Google AI Pro dan Ultra. Bagi NotebookLM, Nano Banana Pro turut tersedia untuk pelanggan secara global.

Model ini turut dilancarkan bermula hari ini kepada pelanggan Workspace dalam Google Slides dan Vids, serta Gemini API, Google AI Studio, Google Antigravity dan pelanggan Google AI Ultra dalam Flow.

Berkaitan

  • Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini 'Nano Banana'
  • Populariti Melonjak, Nano Banana Catat Lebih 10 Juta Pengguna Baharu Gemini
  • Google Lancar Pelan AI Plus Di Malaysia – Akses Gemini 2.5 Pro & 200GB Storan, Harga RM23.99 Sebulan
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY