Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Dalam Chrome Kini Ditawarkan Di Malaysia

Gemini Dalam Chrome Kini Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan April 21, 2026 · Dikemas kini April 21, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan ketersediaan ciri kecerdasan buatan (AI) terbaharu dalam Chrome untuk pengguna di Malaysia, termasuk integrasi Gemini dalam pelayar tersebut.

Panel sisi Chrome

Dengan kemas kini ini, pengguna tidak lagi perlu kerap bertukar tab untuk mendapatkan bantuan. Panel sisi Chrome membolehkan pengguna berinteraksi terus dengan AI ketika membaca artikel atau melakukan tugasan lain.

Sama ada ingin merumuskan kandungan panjang, mendapatkan idea baharu atau menjawab persoalan berkaitan, semuanya boleh dilakukan dalam satu paparan yang sama. Caranya, hanya perlu klik ikon “Gemini” di penjuru kanan atas pelayar.

Chrome_Gemini in Chrome_Side Panel

Integrasi dengan aplikasi seperti Gmail, Google Maps, Calendar dan YouTube turut menjadikan pengalaman ini lebih lancar. Pengguna boleh terus menjadualkan mesyuarat di Calendar, menyemak lokasi Maps atau bertanya soalan mengenai video YouTube.

Gemini Chrome YouTube_1

Integrasi dengan Gmail juga membolehkan pengguna menulis dan menghantar e-mel tanpa perlu beralih ke tab lain.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/04/21054525/chrome_ai_launches_gmail_V2.mp4

Gemini dalam Chrome berfungsi merentasi tab serentak

Gemini dalam Chrome juga mampu berfungsi merentasi beberapa tab yang dibuka secara serentak. Ini membolehkan pengguna membuat rujukan silang dan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber dengan lebih mudah.

Contohnya ketika membuat perbandingan produk, merancang aktiviti atau penyelidikan yang melibatkan banyak laman web dalam satu masa.

Gemini Chrome multi tab_1
Gemini Chrome multi tab_2
Gemini Chrome multi tab_3

Nano Banana 2 di Chome

Google turut memperkenalkan Nano Banana 2 yang membolehkan pengguna mengubah imej secara terus di dalam pelayar. Pengguna hanya perlu menaip arahan dalam panel sisi, dan imej akan diubah mengikut kehendak tanpa perlu membuka aplikasi lain atau memuat naik sebarang fail.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/04/21054604/Chrome_Gemini-in-Chrome_Nano-Banana-Flipkart_No-Right-Click.mp4

Keselamatan

Dari aspek keselamatan, Google menekankan bahawa sistem ini dibina dengan perlindungan keselamatan. Model AI dilatih untuk mengesan ancaman seperti manipulasi arahan, manakala pengesahan pengguna diperlukan sebelum sebarang tindakan sensitif dilakukan. Kemas kini automatik pula memastikan perlindungan sentiasa relevan mengikut ancaman semasa.

Ketersediaan

Ciri baharu ini akan diperkenalkan terlebih dahulu di desktop dan iOS, manakala pengguna Android boleh mengaktifkan Gemini melalui butang kuasa. Google turut menyatakan lebih banyak keupayaan akan ditambah dan diperluaskan ke rantau serta bahasa lain sepanjang tahun ini.

Berkaitan

  • Google Tambah Gemini AI Dalam Chrome
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Chrome Tambah Tiga Ciri Produktiviti Baharu Untuk Desktop
  • Google Tambah Tab Menegak, Mod Bacaan Imersif Dalam Chrome
  • Google Perkenal Carian Sebelah-Menyebelah Dengan AI Mode Dalam Chrome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY