Google baru sahaja mengumumkan kemas kini besar bagi Google TV dengan penyepaduan ciri Gemini yang lebih mendalam. Selepas ini, TV anda bukan sekadar memaparkan drama atau filem, tetapi bertindak sebagai pembantu pintar yang boleh menjawab soalan visual, memberikan ringkasan sukan, dan melakukan sesi pembelajaran interaktif.
Tiga ciri baharu Gemini di Google TV:
Jawapan Visual Lebih Interaktif: Gemini kini boleh menyesuaikan jawapan mengikut soalan anda. Contohnya, jika anda mencari resipi, ia akan memaparkan tutorial video; manakala carian skor sukan akan menunjukkan kad skor langsung dan saluran untuk menonton.

Ciri ‘Deep Dives’: Untuk anda yang suka belajar benda baru, ciri ini memberikan penerangan visual berfokuskan topik pendidikan seperti teknologi, ekonomi, atau kesihatan. Anda hanya perlu klik “Dive deeper” pada tab Gemini untuk melihat demonstrasi interaktif.

Ringkasan Sukan (Sports Briefs): Peminat sukan kini boleh mendapatkan ringkasan naratif mengenai liga kegemaran seperti NBA, NHL, dan MLB tanpa perlu menyemak telefon pintar. Ia merangkumi berita pemain dan rumusan perlawanan pantas yang boleh didapati di tab Gemini.

Buat masa ini, ciri visual yang lebih interaktif sudah mula diperkenalkan di AS dan Kanada. Bagi sokongan bahasa dan ketersediaan di lebih banyak negara, Google akan meluaskannya secara berperingkat bermula di Australia, New Zealand, dan Great Britain pada musim bunga ini.
{suggest}
