Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal ‘Search Profiles’ Untuk Pencipta Kandungan

Google Perkenal ‘Search Profiles’ Untuk Pencipta Kandungan

Diterbitkan Jun 5, 2026 · Dikemas kini Jun 5, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan Search Profiles, satu ciri baharu yang membolehkan pencipta kandungan membina halaman profil khusus di Google Search dan menyatukan jejak digital mereka.

Melalui Search Profiles, pengguna boleh melihat maklumat seperti biografi, akaun media sosial, laman web, pautan dan kandungan yang dihasilkan daripada sesuatu penerbit atau pencipta kandungan dalam satu halaman khusus. Google berkata ciri ini turut memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terkini mengenai sumber yang mereka ikuti.

Search Profiles boleh diakses menerusi Knowledge Panel, suapan Discover atau menggunakan pautan terus yang boleh dikongsi. Pengguna juga boleh mengikuti sesuatu profil melalui butang “Follow”, yang berpotensi meningkatkan peluang untuk melihat kandungan daripada penerbit atau pencipta tersebut dalam Discover.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/05090511/influence-what-people-search-animation-desktop.mp4

Buat masa ini, Search Profiles hanya dibuka kepada penerbit dan pencipta kandungan yang mempunyai jumlah pengikut yang besar pada sekurang-kurangnya satu platform sosial atau video utama. Ia turut menawarkan beberapa pilihan penyesuaian seperti biografi, gambar profil, laman web, akaun media sosial serta kandungan lain yang berkaitan.

Google turut menyatakan bahawa proses menuntut profil mungkin boleh mewujudkan Knowledge Panel bagi penerbit dan pencipta yang layak. Jika Knowledge Panel sudah tersedia, paparan itu akan dikemas kini dengan gambar profil baharu, kandungan terkini dan pautan terus ke Search Profile.

Dari segi ketersediaan, Search Profiles akan dilancarkan terlebih dahulu di Amerika Syarikat. Google berkata ciri tersebut akan diperluaskan ke lebih banyak negara pada masa akan datang bersama penambahan fungsi baharu bagi meningkatkan pengalaman pengguna serta pencipta kandungan.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Google AI Pro Kini Sertakan YouTube Premium Lite Tanpa Caj Tambahan
  • Google Search Kini Dijana Gemini 3.5 Flash Bersama Sokongan Agen AI Dan Aplikasi Mini
  • Ciri Google 'Try On' Kini Di Malaysia - Boleh Cuba Pakaian, Kasut Secara Maya Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY