Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Translate Diintegrasikan Dengan Gemini AI

Google Translate Diintegrasikan Dengan Gemini AI

Diterbitkan Disember 15, 2025 · Dikemas kini Disember 15, 2025 oleh Amalina Athman

Google baru-baru ini mengumumkan kemas kini Google Translate dengan integrasi Gemini AI, menjadikan terjemahan lebih tepat, terutamanya bagi frasa yang mempunyai maksud tersirat seperti simpulan bahasa, ungkapan tempatan atau slanga.

Google Translate Diintegrasikan Dengan Gemini AI

Pada peringkat awal, kemas kini ini dilancarkan di Amerika Syarikat dan India, menyokong terjemahan antara bahasa Inggeris dengan hampir 20 bahasa lain, termasuk Sepanyol, Hindi, Cina, Jepun dan Jerman. Kemas kini ini boleh diakses melalui Google Search serta aplikasi Translate di iOS dan Android.

Selain terjemahan teks, Google turut memperkenalkan ciri “Live Translate” yang membolehkan pengguna mendengar terjemahan masa nyata terus melalui fon kepala. Fungsi ini mengekalkan nada, penekanan dan irama setiap pembicara untuk menjadikan terjemahan lebih semula jadi dan mudah diikuti.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu memakai fon kepala, buka aplikasi Translate, dan klik pada “Live Translate”.

Buat masa ini, ciri beta ini hanya tersedia untuk pengguna Android di AS, Mexico dan India, menyokong lebih 70 bahasa dan berfungsi dengan mana-mana fon kepala. Google juga merancang untuk membawa ciri ini ke iOS dan lebih banyak negara pada 2026.

Kemas kini ini juga menambah alat pembelajaran bahasa dengan maklum balas yang dipertingkat, termasuk tips berdasarkan latihan pertuturan pengguna. Google turut memperluas alat ini ke hampir 20 negara dan wilayah baharu, termasuk Jerman, India, Sweden dan Taiwan.

Google Translate Diintegrasikan Dengan Gemini AI

Walaupun semua ciri baharu ini masih belum tersedia di Malaysia, langkah ini menunjukkan inisiatif Google dalam mempertingkat pengalaman terjemahan dan memudahkan komunikasi merentas bahasa.

Berkaitan

  • Google Translate Kini Faham 110 Bahasa Baharu
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Cara Buat Slaid Pembentangan Dengan Google Gemini
  • Google Lancar Gemini 3 - Kini Diintegrasi Dalam Search, Aplikasi Gemini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY