Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Sideloading’ Pada Android Akan Lebih Ketat Mulai Tahun Depan

‘Sideloading’ Pada Android Akan Lebih Ketat Mulai Tahun Depan

Diterbitkan Ogos 27, 2025 · Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

Google akan mula mewajibkan pengesahan identiti pembangun untuk aplikasi Android yang dipasang di luar Play Store bermula 2026. Langkah ini menandakan perubahan besar dalam ekosistem Android, yang sebelum ini lebih terbuka berbanding iPhone.

Mulai Mac 2026, semua pembangun aplikasi perlu melalui sistem pengesahan identiti baharu Google, sama ada mereka mengedarkan aplikasi melalui Play Store atau luar.

Google mendakwa, aplikasi yang dimuat turun di luar Play Store adalah 50 kali lebih berisiko mengandungi perisian hasad.

“Untuk melindungi pengguna dengan lebih baik daripada pelaku jahat berulang yang menyebarkan peisian hasad dan penipuan, kami menambah satu lagi lapisan keselamatan untuk menjadikan pemasangan aplikasi lebih selamat untuk semua: developer verification.”

Jadi, sistem pengesahan baharu ini bertujuan meningkatkan keselamatan yang boleh diibaratkan seperti “pemeriksaan ID di lapangan terbang” di mana pembangun mesti mendaftar identiti, nama pakej dan kunci tandatangan aplikasi.

Namun, Google tidak akan memeriksa kandungan atau fungsi aplikasi tersebut.

Ujian awal akan bermula pada Oktober 2025 yang kemudiannya melibatkan beberapa negara iaitu Brazil, Indonesia, Singapura dan Thailand pada September 2026, sebelum ciri ini diperluas secara global menjelang 2027.

Walau bagaimanapun, sistem pengesahan ini hanya terhad pada peranti Android dengan Google Services, manakala versi Android tanpa Google (seperti di China) tidak terikat dengan peraturan ini.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Android Dan iPhone Akhirnya Akan Boleh Berkongsi Fail
  • vivo V60 Dilancar Dengan Telefoto ZEISS 10x Zum, Harga Dari RM1,899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY