Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google sideload apps

Google Akan Benarkan Pengguna Berpengalaman ‘Sideload’ Aplikasi Tidak Disahkan

Diterbitkan November 13, 2025 · Dikemas kini November 13, 2025 oleh Amalina Athman

Pada Ogos, Google telah mengumumkan perubahan besar pada Android yang akan menghalang pengguna daripada memasang aplikasi daripada pembangun yang tidak disahkan. Pengumuman ini menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan pengguna berpengalaman, yang melihatnya sebagai langkah yang berpotensi menghentikan amalan ‘sideloading’.

Kini, syarikat itu sedang membangunkan “aliran lanjutan” baharu yang membolehkan pengguna berpengalaman menerima risiko memasang perisian yang tidak disahkan.

Walaupun keselamatan tetap menjadi keutamaan, Google juga mendengar maklum balas daripada pembangun dan pengguna berpengalaman yang sanggup mengambil risiko lebih tinggi dan mahu kebolehan memuat turun aplikasi yang belum disahkan….Kami sedang mereka bentuk aliran ini khusus untuk mengelak sebarang paksaan, memastikan pengguna tidak terperdaya untuk memintas langkah keselamatan ini ketika berada di bawah tekanan daripada penipu.

Ia juga akan disertakan dengan amaran jelas supaya pengguna benar-benar faham risiko yang terlibat, tetapi keputusan akhir tetap berada di tangan mereka.

Pada masa ini, Google masih mengumpul maklum balas awal mengenai sistem tersebut dan akan berkongsi lebih banyak butiran dalam beberapa bulan akan datang.

Dalam pada itu, Google menjelaskan bahawa pengesahan pembangun penting untuk melindungi pengguna Android. Proses pengesahan akan memaksa pihak berniat jahat menggunakan identiti sebenar untuk mengedarkan perisian hasad, menjadikan serangan jauh lebih sukar dan mahal untuk dilaksanakan.

Di sisi lain, Google turut menjemput pembangun yang mengedarkan aplikasi di luar Play Store untuk menyertai program akses awal bagi pengesahan pembangun. Pembangun boleh mendaftar di Android Developer Console untuk mengesahkan identiti sebelum keperluan pengesahan mula dikuatkuasakan tahun depan.

Berkaitan

  • 'Sideloading' Pada Android Akan Lebih Ketat Mulai Tahun Depan
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Google Perbaharui Play Store - Tab You, 'Guided Search', Gemini AI
  • Google Play Store Akan Papar Amaran Aplikasi Cepat Habiskan Bateri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY