Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Chrome Segera, Anda Mungkin Terdedah Kelemahan Keselamatan ‘Kritikal’

Google Lancar Pelayar Chrome Berbayar Pada Harga Langganan ~RM28/bulan

Diterbitkan April 14, 2024 · Dikemas kini April 14, 2024 oleh ariff bukhari

Google kini menawarkan aplikasi pelayar Chrome versi berbayar menerusi Chrome Enterprise dengan pilihan Core (percuma) dan Premium (berbayar).

Chrome Enterprise menumpukan kepada syarikat sebagai pelayar yang boleh memberi pengguna lebih perlindungan data semasa dalam talian.

Versi Chrome ini direka untuk menyekat add-on yang mencurigakan, contohnya, untuk melindungi daripada penggodaman dari semua sudut.

Antara ciri utama pelayar Chrome Enterprise adalah integrasi Google Workspace dan pengurus boleh menghadkan dokumen yang boleh dimuat naik atau dicetak oleh pengguna lain untuk meningkatkan keselamatan.

Terdapat perbezaan utama antara versi Chrome Enterprise berbayar dan percuma.

Edisi Premium (berbayar) disertakan dengan pencegahan kehilangan data dan pengimbasan mendalam perisian hasad dengan harga langganan USD6/bulan (~RM28/bulan).

Chrome Enterprise Premium

Manakala edisi Chrome Enterprise Core (percuma) tidak dilengkapi ciri tersebut. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengakses ciri utama lain, seperti perlindungan pancingan data umum dan perisian hasad.

Chrome Enterprise Core

Ketahui lebih lanjut tentang pelayar Chrome berbayar ini dengan melayari laman rasmi Chrome Enterprise.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Google Cloud

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY