Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar Gmail Live, Docs Live Dan Keep Live – Kini Boleh Berinteraksi Guna Suara

Google Lancar Gmail Live, Docs Live Dan Keep Live – Kini Boleh Berinteraksi Guna Suara

Diterbitkan September 4, 2026 · Dikemas kini September 4, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperluaskan penggunaan AI berasaskan suara ke dalam Gmail, Google Docs dan Google Keep menerusi tiga ciri baharu yang dipanggil Gmail Live, Docs Live dan Keep Live.

Ketiga-tiga ciri ini menggunakan model Gemini Audio untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi secara lebih semula jadi menggunakan suara. Antaranya termasuk mencari maklumat dalam peti masuk, menghasilkan draf dokumen serta menukar idea yang disampaikan secara lisan kepada nota yang lebih tersusun.

Dalam Gmail, Gmail Live membolehkan pengguna mencari maklumat dalam peti masuk hanya dengan mengajukan soalan secara perbualan. Sebagai contoh, pengguna boleh bertanya tentang nombor pintu penerbangan atau perkara yang berlaku di sekolah anak, sebelum Gmail Live mengimbas kandungan peti masuk untuk memberikan jawapan.

Bagi Google Docs, Docs Live berfungsi sebagai “rakan berfikir dan penulis bersama” yang membantu menghasilkan draf menggunakan suara. Pengguna boleh menerangkan idea secara terus dan ciri ini akan membantu menyusun idea, membina struktur dokumen serta memperhalusi nadanya.

Dengan kebenaran pengguna, Docs Live juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan daripada Gmail, Google Drive, Google Chat dan web untuk membantu menyediakan dokumen.

Sementara itu, Keep Live memberi tumpuan kepada catatan pantas. Pengguna boleh meluahkan idea atau apa yang terlintas di fikiran secara lisan dan ciri tersebut akan memprosesnya secara latar sebelum menukarkannya kepada nota dan senarai yang lebih tersusun, tanpa perlu menaip.

Ketersediaan

Dari segi ketersediaan, Gmail Live dan Keep Live ditawarkan kepada pelanggan Google AI Plus, Pro dan Ultra, manakala Docs Live tersedia untuk pelanggan Google AI Pro dan Ultra. Google berkata ciri-ciri perbualan baharu ini mula dilancarkan minggu ini dan akan hadir tidak lama lagi kepada pelanggan perniagaan Google Workspace.

We’re bringing new voice capabilities to @GoogleWorkspace to help you tackle daily tasks. These are now rolling out across @Gmail, @GoogleDocs, and Keep to help you search your inbox, organize your thoughts, or brainstorm new ideas conversationally.

Here's how you can use them… pic.twitter.com/GtGUE7ulb4

— Google (@Google) September 3, 2026

Berkaitan

  • Gemini Perkenal ‘Personal Intelligence’ - Akses Data Gmail, Search, Google Photos Untuk Jawapan Lebih Peribadi
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Google Perkenal Gemini 3.5 Transcribe - Sokong 85+ Bahasa, Boleh Kenal Pasti Hingga 3 Penutur
  • Google Kini Boleh Ingat Lokasi Pasport, Barang Penting Dalam Find Hub - Tak Perlu Tag Penjejak
  • Google Lancar Gemini 3.8 Flash, Keluaran Flash Ketiga Dalam Enam Minggu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY