Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Flow_

Google Flow Diperkenal, Buat Video AI Realistik Guna Teks Dan Gambar

Diterbitkan Mei 21, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan Flow, alat pembuatan video pendek berasaskan AI yang direka untuk membantu pengkarya menghasilkan video berkualiti tinggi dengan mudah dan pantas.

Menurut syarikat itu, Flow dibangunkan dengan menggabungkan tiga model AI, iaitu Veo 3 untuk menghasilkan video yang realistik, Imagen 4 untuk meningkatkan kualiti imej video dan Gemini bagi menguruskan teks serta arahan.

Apa yang boleh dilakukan dengan Flow?

Dengan Flow, pengguna boleh menggunakan arahan berbentuk teks (text-to-video) atau gabungan gambar dan teks (ingredients-to-video) untuk menghasilkan klip video AI generatif.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/05/21105305/01_Ingredients_Edit_1_16x9_250516d.mp4

Ia turut menyokong penggunaan semula video yang telah dijana bersama aset milik sendiri untuk menghasilkan klip video baharu.

Elemen seperti watak atau babak yang telah dicipta juga boleh digunakan semula dalam pelbagai klip dan adegan dengan konsisten.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/05/21105242/03_Frames_to_Video_250516a.mp4

Ciri utama Flow

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/05/21105258/06_Extend_5mb_250519a.mp4

Flow hadir dengan pelbagai ciri menarik, sama ada untuk profesional atau pengguna baharu dalam bidang video AI. Antaranya seperti berikut:

  • Kawalan Kamera – mengawal pergerakan dan sudut kamera dengan tepat dalam setiap babak.
  • Scenebuilder – sunting dan sambung babak sedia ada dengan lancar.
  • Pengurusan Aset – Urus dan susun semua bahan visual serta arahan dengan mudah dan teratur.
  • Flow TV – saluran khas yang memaparkan koleksi klip video dan kandungan terpilih yang dihasilkan menggunakan Veo, lengkap dengan arahan tepat dan teknik yang digunakan bagi setiap video.

Google Flow_3

Ketersediaan

Flow akan mula ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat melalui langganan Google AI Pro dan pelan baharu Google AI Ultra, dengan rancangan diperluaskan ke lebih banyak negara tidak lama lagi.

Menurut blog rasmi Google, pelan AI Pro memberikan akses kepada ciri utama Flow serta 100 klip video yang boleh dijana setiap bulan, manakala pelan AI Ultra menawarkan had penggunaan tertinggi serta akses awal kepada model Veo 3.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Google NotebookLM Kini Boleh Dimuat Turun Di Android, iOS - Ini Fungsi Menariknya
  • Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses Percuma Gemini Live Dengan Kamera
  • Google Perkenal Pelan 'AI Ultra' - Had Penggunaan Tertinggi, 30TB Storan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY