Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Google Tambah 2 Lagi Ciri Gemini Baharu Pada Gmail

Diterbitkan Ogos 23, 2024 · Dikemas kini Ogos 23, 2024 oleh ariff bukhari

Google mengumumkan 2 ciri AI Gemini baharu yang kini tersedia untuk pengguna Gmail di web, Android dan iOS.

Salah satu ciri itu bertujuan untuk membantu pengguna Gmail memperhalusi draf e-mel mereka dengan bantuan AI.

Penambahbaikan kepada ciri “Help me write“, iaitu Polish akan memperhalusi draf e-mel pada web dan peranti mudah alih.

Fungsi baharu ini dilengkapi dengan beberapa pilihan tambahan: Formalize, Elaborate dan Shorten.

Pilihan Polish yang ditambahkan baru-baru ini boleh menukar nota kasar menjadi draf rasmi sepenuhnya atau draf yang terperinci.

Polish option

Bersama-sama dengan ciri Polish baharu, Google juga menambah pintasan Help me write dan Refine my draft shortcuts pada peranti Android dan iOS.

Ini bermakna jika anda menggunakan Gmail pada peranti iOS atau Android, apabila draf e-mel kosong, pintasan Help me write akan muncul dalam e-mel dan apabila dipilih, pintasan ini akan dibuka sepenuhnya.

Pintasan Refine my draft pula akan muncul apabila sekurang-kurangnya 12 perkataan ditulis dalam draf e-mel.

Pintasan itu akan ditunjukkan di bawah kandungan e-mel untuk menunjukkan bahawa terdapat pilihan tambahan yang tersedia untuk Formalize, Elaborate dan Shorten draf anda atau Write a new one.

Refine my draft

Ciri baharu dan pintasan ini sudah tersedia untuk pelanggan Google Workspace dengan tambahan Gemini Business dan Enterprise, Gemini Education dan Education Premium, serta Google One AI Premium.

Google juga mengatakan bahawa ciri ini didayakan secara lalai dan tidak boleh dilumpuhkan.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Anda Boleh Tunaikan Solat Jumaat Dalam IOI City Mall Putrajaya Bermula September Ini

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY