Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Google Gemini

Google Gemini Akan Jadi Pembantu AI Siri HONOR Magic7

Diterbitkan Januari 6, 2025 ยท Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR hari ini mengumumkan yang telefon pintar terbarunya, Magic7 Pro dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR akan diprapasang aplikasi Google Gemini.

Ia menjadikan HONOR adalah antara peranti Android terawal yang hadir dengan aplikasi Gemini dimuat secara terus selain daripada telefon Pixel.

Tambahan lagi, ia juga secara tidak langsung menunjukkan kolaborasi HONOR dengan Google semakin baik dan penting. Terdahulu, HONOR telah bekerjasama dengan Google Cloud bagi penawaran AI dalam Magic V3.

Menurut HONOR, Google Gemini pada siri Magic7 varian global akan memanfaatkan model Gemini dan Imagen 3 serta ia akan menjadi pembantu AI bagi membolehkan pengguna meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti mereka.

Buat makluman, Magic7 Pro bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Januari ini dan prapesan sudah pun dibuka sehingga 8 Januari di mana pembeli akan menerima hadiah bernilai RM2,096.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • HONOR, Jenama Telefon Pintar Premium Paling Pesat Berkembang Di Malaysia
  • HONOR Magic7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 9 Januari 2025
  • Prapesan HONOR Magic7 Pro Dibuka, Deposit RM200 Dan Dapat Hadiah Bernilai Lebih RM2000

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY