Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic Series Growth Visual

HONOR, Jenama Telefon Pintar Premium Paling Pesat Berkembang Di Malaysia

Diterbitkan Disember 12, 2024 oleh Rushsyafizal

HONOR kini mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama utama dalam pasaran telefon pintar premium di Malaysia.

Sejak 2023, jenama teknologi global ini telah berjaya menempatkan diri di tangga tiga teratas dalam kategori peranti mewah, mencabar nama besar seperti Apple dan Samsung melalui siri andalannya, siri HONOR Magic.

Menurut Pengarah HONOR Malaysia, Justin Li, kejayaan ini didorong oleh tumpuan strategik pada peranti kelas pertengahan ke atas, di mana 70% jualan datang daripada kategori ini.

HONOR Magic V3, peranti boleh lipat terbarunya, menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia dengan peningkatan jualan sebanyak 104% pada bulan pertama pelancarannya berbanding model sebelumnya, Magic V2. Rekaan nipis dan ringan, serta peningkatan prestasi peranti, menjadikan ia pilihan popular di kalangan pengguna.

Sementara itu, HONOR Magic6 Pro berjaya meraih hampir 18% pasaran dalam segmen harga RM4,000 hingga RM5,000 dari Mac hingga Julai 2024. Peranti generasi seterusnya, HONOR Magic7 Pro, dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025, dengan sasaran mengatasi rekod kejayaan ini.

Peranti seperti Magic6 Pro dan Magic V2 dilihat menawarkan pengalaman pengguna yang unik dan berteknologi tinggi, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna jenama saingan.

HONOR terus menetapkan standard baharu industri melalui pelbagai inovasi, termasuk:

  • HONOR Magic V3: Telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan di dunia (4.35mm).
  • Teknologi AI Canggih: Ciri seperti AI Magic Portal, AI Note, dan AI Translation.
  • Bateri Silicon-Carbon: Teknologi ini meningkatkan kepadatan tenaga bateri, menjadi penanda aras baharu dalam industri.

HONOR kini dilihat menjadi jenama yang mengutamakan prestasi dan komited untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam pasaran telefon pintar premium di Malaysia.

Berkaitan

  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Meta Lancar Kempen Kesedaran Anti-Scam Global
  • Anda Kini Boleh “AirDrop” Fail Antara iPhone Dan Windows PC
  • Ini Aplikasi Dan Permainan Terbaik 2024 Yang Diktiraf Apple App Store
  • Astro Dapat Ganti Rugi RM75 Ribu Selepas Pub Siar Sukan 'Live' Eksklusif Secara Haram

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY