Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic7 Pro Early Bird Special

Prapesan HONOR Magic7 Pro Dibuka, Deposit RM200 Dan Dapat Hadiah Bernilai Lebih RM2000

Diterbitkan Januari 2, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR bakal melancarkan peranti andalan terbaru mereka, Magic7 Pro pada 9 Januari 2025 depan. Bersempena kehadirannya, HONOR kini membuka prapesan bermula hari ini, 2 Januari sehingga 8 Januari.

Melaluinya, orang ramai yang terawal membuat bayaran deposit RM200 semasa tawaran pembelian awal Early Bird Special akan menerima hadiah eksklusif percuma bernilai RM2,096.

HONOR Magic7 Pro Early Bird Special Free Gift

Hadiah tersebut terdiri daripada HONOR Watch 5, HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, Jaminan Tambahan Setahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari selain rebat segera RM200 semasa membuat pembayaran penuh.

Anda boleh menempah HONOR Magic7 Pro sekarang di kedai HONOR Store di seluruh negara, kedai dalam talian rasmi HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan pengedar sah Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Sebagai ‘teaser’ awal, HONOR kali ini akan menawarkan HONOR Magic7 Pro dalam dua pilihan storan besar iaitu 512GB dan 1TB. Bagi warna pula, HONOR Magic7 Pro akan dipasarkan dalam tiga warna, iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black.

Prapesan di:

Shopee – https://invl.io/clm5rjz

Lazada – https://invol.co/clm5rk4

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • TIME Nobatkan Telefon Pintar Lipat 3 Huawei Dan Telefon Lipat Ternipis HONOR Antara Ciptaan Terbaik 2024
  • HONOR, Jenama Telefon Pintar Premium Paling Pesat Berkembang Di Malaysia
  • HONOR Magic7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 9 Januari 2025

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY