Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelan Google AI Ultra_featured image

Google AI Ultra Kini Di Malaysia – RM1,229.90 Sebulan, Diskaun 50% Untuk 3 Bulan Pertama

Diterbitkan Jun 3, 2025 · Dikemas kini Jun 3, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini menawarkan pelan langganan Google AI Ultra di lebih 70 negara seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, pelan ini berharga RM1,229.90/bulan. Namun begitu, untuk tiga bulan pertama, pengguna boleh melanggannya pada harga promosi RM614.90 sebulan.

Pelan AI Ultra memberikan semua kelebihan pelan Pro, serta akses tambahan seperti penggunaan aplikasi Gemini dengan had tertinggi dan janaan video berkualiti tinggi menggunakan Veo 3.

Selain itu, pelan ini juga menyediakan 12,000 kredit AI yang boleh digunakan untuk Flow dan Whisk, langganan pelan individu YouTube Premium serta 30TB storan merangkumi Photos, Drives dan Gmail.

Google AI Ultra Malaysia_2

Dalam perkembangan lain, pengguna juga boleh mendapatkan akses percuma selama sebulan untuk pelan Google AI Pro yang berharga RM97.99/bulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Google One.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Google Perkenal Pelan 'AI Ultra' - Had Penggunaan Tertinggi, 30TB Storan
  • Google Flow Diperkenal, Buat Video AI Realistik Guna Teks Dan Gambar
  • Google Tunjuk Cara Kesan Kandungan AI Dengan SynthID Detector

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY