Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Tunjuk Cara Kesan Kandungan AI Dengan SynthID Detector

Google Tunjuk Cara Kesan Kandungan AI Dengan SynthID Detector

Diterbitkan Mei 21, 2025 oleh Amsyar Latif

SynthID bukan nama baharu, tapi masih ramai belum tahu bagaimana sebenarnya ia berfungsi. Kini, Google memperkenalkan satu portal khusus yang membolehkan pengguna kenal pasti sendiri kandungan yang dijana oleh AI, terutamanya daripada model seperti Gemini, Imagen, Lyria dan Veo.

Portal ini dinamakan SynthID Detector, dan ia membolehkan anda muat naik gambar, audio, video atau teks, kemudian imbas kandungan tersebut untuk kesan tera air halimunan yang ditanam oleh sistem AI Google.

SynthID adalah sistem tera air halimunan (watermark) yang ditanam dalam kandungan AI tanpa menjejaskan kualiti. Ia kekal boleh dikesan walaupun kandungan itu dikongsi, dipotong atau disunting. Dah lebih 10 bilion kandungan ditandakan setakat ini.

Pada asalnya untuk imej sahaja, kini SynthID juga menyokong teks, audio dan juga video.

Bagaimana SynthID Detector berfungsi?

Google Tunjuk Cara Kesan Kandungan AI Dengan SynthID Detector

  1. Muat naik kandungan yang dijana guna AI Google.
  2. Portal akan imbas dan kesan tera air SynthID.
  3. Ia akan tunjuk bahagian kandungan yang mungkin ditandakan.

Untuk audio dan video, sistem boleh kesan segmen tertentu. Untuk imej dan teks, ia highlight kawasan atau perenggan yang dikesan.

Siapa boleh guna?

Buat masa ini, ia hanya dibuka kepada penguji awal. Wartawan, penyelidik dan profesional media boleh daftar dalam senarai menunggu.

Selain itu, Google telah menjadikan teknologi tera air untuk teks sebagai sumber terbuka supaya pembangun lain boleh menggunakannya dalam model masing-masing. Mereka juga bekerjasama dengan:

  • NVIDIA, untuk tera air video AI mereka
  • GetReal Security, pakar pengesahan kandungan digital

Matlamatnya adalah untuk membina ekosistem yang lebih telus dan dipercayai.

Melalui pengenalan SynthID, ia bukan lagi sebuah alat tetapi dilihat sebagai keperluan. Ini kerana, dalam dunia di mana AI boleh cipta apa saja, kita perlukan alat yang boleh bantu kenal pasti apa yang sahih.

Pada masa sama, boleh bezakan yang mana satu realiti dan rekaan.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Google Perkenal Pelan 'AI Ultra' - Had Penggunaan Tertinggi, 30TB Storan
  • Google Flow Diperkenal, Buat Video AI Realistik Guna Teks Dan Gambar
  • Bukan Lagi Sekadar Google Glass, Ini Android XR Dengan Gemini AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY