Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua IPTA Di Malaysia Kini Boleh Akses ‘Gemini for Education’

Semua IPTA Di Malaysia Kini Boleh Akses ‘Gemini for Education’

Diterbitkan Mac 9, 2026 · Dikemas kini Mac 10, 2026 oleh Amalina Athman

Semua 20 Universiti Awam di Malaysia secara rasmi  mengaktifkan penggunaan Gemini for Education dalam sistem akademik dan pentadbiran masing-masing, melibatkan hampir 600,000 pelajar serta 75,000 tenaga pengajar.

Melalui integrasi ini, universiti yang menggunakan Google Workspace for Education kini turut mempunyai akses percuma kepada Gemini for Education, yang membolehkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu penyelidikan, pembelajaran dan tugasan akademik.

Menurut Google, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyediakan akses tambahan kepada beberapa teknologi AI Google. Seramai 40,000 tenaga pengajar kini diberikan akses kepada Google AI Pro for Education yang menawarkan penggunaan model AI premium.

Selain itu, kira-kira 128,000 pelajar juga mendapat akses NotebookLM Enterprise untuk membantu dalam penyelidikan, analisis dokumen serta penulisan akademik.

Dengan inisiatif ini, pelajar dan pensyarah di universiti awam kini boleh menggunakan Gemini 3.1 Pro, iaitu model penaakulan terkini daripada Google dan digabungkan dengan LearnLM yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pembelajaran.

Selain akses kepada teknologi, Google turut menawarkan pelbagai program latihan bagi meningkatkan literasi AI dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar. Antaranya termasuk program Gemilang, platform Google Skills, kursus AI Google percuma, pensijilan Gemini untuk pelajar universiti serta program Google Career Launchpad.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Google Kemas Kini Had Penggunaan Model Gemini Untuk Setiap Pelan
  • Gemini 3.1 Pro Dilancarkan - Model Lebih Pintar Untuk Tugasan Kompleks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY