Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA

AstraZeneca, Ericsson, Saab Dan NVIDIA Bekerjasama Bina Superkomputer AI Terbesar Di Sweden

Diterbitkan Mei 26, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah konsortium perniagaan Sweden yang terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka seperti AstraZeneca, Ericsson, Saab, SEB serta pelabur utama Wallenberg Investments, mengumumkan kerjasama dengan syarikat teknologi global NVIDIA untuk membina infrastruktur AI tercanggih di Sweden.

Untuk fasa pertama projek mega ini akan menggunakan dua NVIDIA DGX SuperPOD dengan sistem AI terkini Grace Blackwell GB300 yang akan menjadikannya superkomputer AI perusahaan terbesar di Sweden apabila siap nanti.

AstraZeneca, Ericsson, Saab Dan NVIDIA Bekerjasama Bina Superkomputer AI Terbesar Di Sweden

Wallenberg Investments dalam satu kenyataan berkata, sistem ini akan membantu mempercepat pembangunan model AI berskala besar, terutamanya dalam bidang kesihatan, pertahanan, telekomunikasi dan kewangan.

Matlamat utama projek ini adalah untuk memperkasakan industri Sweden dalam era revolusi AI dengan menyediakan akses pengkomputeran yang selamat dan kendiri.

Mereka menyifatkan, akses kepada infrastruktur kritikal ini sebagai amat penting dalam mencapai matlamat tersebut.

Ia juga akan menyokong pembangunan bakat AI tempatan menerusi penubuhan Pusat Teknologi AI pertama NVIDIA di Sweden.

Superkomputer dipacu NVIDIA ini akan memanfaatkan 4 syarikat gergasi Sweden untuk memacu inovasi dalam bidang masing-masing dengan AstraZeneca akan menggunakan AI  untuk mempercepat penemuan dan pembangunan ubat baharu.

Ericsson, peneraju teknologi komunikasi, akan membangunkan model AI bertaraf dunia untuk meningkatkan prestasi, kecekapan, serta pengalaman pengguna dengan mencipta model perniagaan dan aplikasi baharu untuk berbilion pengguna global mereka.

AstraZeneca, Ericsson, Saab Dan NVIDIA Bekerjasama Bina Superkomputer AI Terbesar Di Sweden

Saab, penyedia perkhidmatan dan penyelesaian terkemuka dalam sektor pertahanan ketenteraan dan keselamatan awam, akan menggunakan AI bagi mempercepat pembangunan teknologi pertahanan moden, dengan menggabungkan AI lanjutan bersama produk dan platform ketenteraan mereka.

Manakala SEB, kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka di Eropah utara yang berusia hampir 170 tahun akan menjadikan AI sebagai teras strategi bank untuk meningkatkan produktiviti, memperkenalkan perkhidmatan pelanggan baharu dan memastikan daya saing untuk masa depan.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • China Lancar Bateri Supercas 1,400A Pertama Dunia, Cas Satu Minit Beri Julat 150km
  • Pakistan Rancang Jana Pendapatan Negara Menerusi Bitcoin Dan Pusat Data AI

Sumber: Wallenberg Investments

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY