Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

ChatGPT Plus Percuma Untuk Semua Rakyat UAE? Ini Yang Perlu Anda Tahu

Diterbitkan Mei 28, 2025 ยท Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh ariff bukhari

Tular di media sosial dengan dakwaan bahawa semua penduduk UAE akan mendapat akses percuma kepada ChatGPT Plus, versi premium bot sembang popular dari OpenAI.

Dakwaan ini berpunca daripada laporan media yang dihebohkan dengan merujuk kepada kenyataan OpenAI mengenai kerjasama pembinaan Stargate UAE.

Stargate UAE merupakan hasil kerjasama antara OpenAI, G42, Oracle, NVIDIA, dan lain-lain yang akan menyediakan infrastruktur pusat data AI bertaraf dunia di UAE.

Projek ini dijangka menyokong sektor penting seperti kerajaan, kesihatan, pendidikan, dan pengangkutan, serta menyediakan kapasiti pengkomputeran AI untuk separuh penduduk dunia dalam radius 2,000 batu (~3,200km).

Namun, OpenAI tidak pernah mengesahkan bahawa ChatGPT Plus akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat dan penduduk UAE.

Sebaliknya, kenyataan rasmi hanya menyebut bahawa UAE akan menjadi negara pertama di dunia yang menawarkan akses nasional kepada teknologi OpenAI di mana ChatGPT akan diintegrasikan ke dalam pelbagai sektor meliputi pendidikan, kesihatan, tenaga dan perkhidmatan kerajaan.

Bukannya akses percuma untuk rakyat dan penduduk UAE kepada versi premium ChatGPT.

Versi ChatGPT percuma memang sudah tersedia di UAE, tetapi ia mempunyai had penggunaan dan prestasi yang terhad. Sepertimana di negara-negara lain.

Jadi, akses kepada ChatGPT Plus adalah masih kekal sebagai perkhidmatan berbayar ($20/bulan) untuk akses kepada GPT-4o.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0
  • Indonesia Cadang Bangunkan Reaktor Nuklear Bermula Di Borneo
  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI

Sumber: Khaleej Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY