Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GIGABYTE AORUS XTREME

GIGABYTE Lancar GPU Siri GeForce RTX 4090 – 4 Model Diperkenalkan

Diterbitkan Oktober 6, 2022 oleh Firdaus

GIGABYTE telah melancarkan kad grafik siri RTX 4090 dengan memperkenal 4 model yang unik dan berkuasa setiap satu – AORUS MASTER, GAMING OC, WINDFORCE dan AORUS XTREME WATERFORCE.

Antara 4 model tersebut, 3 daripadanya menggunakan sistem penyejuk udara. Manakala model paling berkuasa, AORUS GeForce RTX 4090 XTREME WATERFORCE 24G dipadankan sistem penyejuk cecair.

AORUS MASTER

AORUS GeForce RTX® 4090 MASTER 24G

GPU RTX 4090 ini mempunyai ciri salutan PCB dengan gred aeroangkasa, komponen yang berketahanan ultra dan rekaan pin kuasa 24+4.

Oleh itu, Aorus Master mempunyai suhu yang lebih rendah, lebih senyap dan kurang gangguan signal.

GAMING OC

GeForce RTX® 4090 GAMING OC 24G

Gaming OC memggunakan sistem penyejuk WINDFORCE dengan 3 bilah kipas, paip haba composite copper, vapor chamber yang lebih besar dan bersentuh terus dengan GPU.

Melalui pelincir nano graphene pada kipas sistem ini, ketahanan dan jangka hayat dapat dicekapkan 2.1 kali ganda daripada biasa.

Oleh itu, kad grafik Aorus Gaming OC ini mampu memberikan prestasi cemerlang pada suhu yang lebih rendah.

WINDFORCE

GeForce RTX® 4090 WINDFORCE 24G

Seperti Gaming OC, WINDFORCE juga mempunyai sistem penyejuk yang sama untuk memastikan pelepasan haba yang lebih efektif.

Yang membezakan adalah WINDFORCE menggunakan plat logam dengan permukaan cermin yang menyerlahkan lagi rekaan estetik, unik dan sesuai bagi mereka yang mementingkan rekaan yang elegan.

AORUS XTREME WATERFORCE

AORUS GeForce RTX® 4090 XTREME WATERFORCE 24G

AIO GPU AORUS XTREME WATERFORCE adalah yang terbaik dalam kelasnya dengan cara pemasangan yang lebih mudah.

AORUS XTREME WATERFORCE mempunyai radiator aluminium 360mm yang akan melepaskan haba dengan cekap melalui cecair penyejuk di dalam tiubnya.

Tambahan lagi, AORUS XTREME WATERFORCE mempunyai salutan PCB gred aeroangkasa, komponen dalaman yang berketahanan ultra dan pin kuasa 24+4 yang lebih hebat.

Buat masa sekarang, harga pasarannya masih belum didedahkan lagi. Mungkin kita bakal mengetahuinya dalam masa terdekat.

Sumber: Siaran Akhbar GIGABYTE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Rasa 'Tak Adil', Konsol Mampu Layan 4K Tapi Kos Jauh Lebih Rendah Banding PC
  • Ini 'Game' PS5 "Paling Gagal" Hingga Stor Terpaksa Beri Secara Percuma

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY