Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PC vs Konsol

Rasa ‘Tak Adil’, Konsol Mampu Layan 4K Tapi Kos Jauh Lebih Rendah Banding PC

Diterbitkan Oktober 5, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 5, 2022 oleh Firdaus

Perseteruan antara pengguna konsol dan PC sudah sinonim dalam dunia permainan video. Sesetengah pengguna daripada kedua-dua belah pihak tidak mahu menyerah kalah akan kemampuan platform permainan video mereka.

Walau bagaimanapun, saya melihat kemampuan yang ‘tidak adil’ yang ditawarkan konsol generasi baharu – PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Hal ini demikian kerana konsol mampu memberikan kemampuan prestasi yang baik pada harga yang jauh lebih murah berbanding kos untuk membina sesebuah PC.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Google Dilapor Mengkaburkan Imej Satelit Yang Memaparkan Israel

Kos sesebuah konsol dalam pasaran ketika ini sekitar RM2,000 ke RM2,500 sahaja (tak termasuk harga jualan scalper). Namun, kita tidak dapat membina PC dengan kemampuan setara konsol pada kos tersebut.

Tidak dinafikan platform PC ada kemampuan untuk memberikan prestasi gaming yang tinggi melalui CPU Intel dan AMD yang lebih berkuasa. Dipadankan pula dengan GPU generasi baharu daripada Nvidia.

Tetapi kos untuk membina PC dengan konfigurasi tersebut berkali-kali ganda lebih mahal daripada kos membeli sebuah konsol.

Salah satu sebab utama prestasi gaming konsol lebih hebat walaupun dijual pada tanda harga yang murah adalah optimization dan keserasian antara sesebuah konsol dengan permainan videonya.

Contohnya, konsol PlayStation 5 versi digital yang berharga RM2,069 menawarkan grafik 4K dengan kadar segar semula 60 – 120 fps (bergantung kepada sokongan games).

Berbanding konsol, PC tidak akan mampu memainkan sesebuah permainan video pada tetapan grafik 4K dengan kos binaan yang sama.

Tambahan lagi, konsol ini akan kekal relevan untuk 4 ke 5 tahun akan datang (boleh rujuk artikel INI untuk mengetahui lebih lanjut). Tetapi, PC pada harga yang sama memerlukan pemiliknya untuk menaiktaraf komponen dalam binaan itu untuk kekal relevan.

Lagi mahal kosnya jika pengguna PC untuk menaiktaraf binaan mereka untuk bermain pada tetapan grafik 4K. Fakta-fakta yang saya kongsikan itu membuatkan konsol tampak lebih berbaloi berbanding PC.

Sejujurnya, saya sentiasa meminati platform PC dan tiada sebarang masalah dengan konsol. Tetapi seperti yang saya katakan, agak “tidak adil” sesebuah konsol memberikan prestasi yang sangat hebat pada harga yang lebih murah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY