Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Cipta Sikat Elektronik Mampu Tumbuhkan Semula Rambut Hampir 100%, Terbukti Pada Tikus

Saintis Cipta Sikat Elektronik Mampu Tumbuhkan Semula Rambut Hampir 100%, Terbukti Pada Tikus

Diterbitkan November 18, 2026 oleh ariff bukhari

Kajian mengenai alat berbentuk sikat elektronik yang dibangunkan oleh saintis di China mencuri perhatian apabila ia dilaporkan mampu memulihkan pertumbuhan rambut hampir 100 peratus dalam ujian ke atas tikus.

Peranti yang dinamakan “Detangle” itu dibangunkan oleh penyelidik dari Universiti Beihang di Beijing sebagai alternatif kepada rawatan keguguran rambut sedia ada yang sering mempunyai keberkesanan terhad atau kesan sampingan.

Sikat pintar tersebut menggabungkan dua pendekatan dalam satu peranti, iaitu rangsangan elektrik dan penghantaran ubat terus ke kulit kepala.

Gigi-gigi khas pada sikat itu direka untuk menyalurkan denyutan elektrik yang lembut sambil membantu penyerapan bahan rawatan ke kawasan folikel rambut.

Menurut penyelidik, gabungan kedua-dua kaedah ini dapat meningkatkan keberkesanan rawatan berbanding penggunaan ubat sahaja.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications, saintis membandingkan keberkesanan peranti itu dengan rawatan minoksidil, salah satu ubat yang biasa digunakan untuk merawat keguguran rambut.

Hasil kajian menunjukkan pertumbuhan semula rambut pada tikus meningkat daripada sekitar 70 peratus dengan minoksidil kepada hampir 100 peratus apabila menggunakan teknologi baharu tersebut dalam tempoh kira-kira sebulan.

Saintis Cipta Sikat Elektronik Mampu Tumbuhkan Semula Rambut Hampir 100%, Terbukti Pada Tikus

Penyelidik percaya teknologi ini berpotensi membantu merawat androgenetic alopecia, iaitu punca paling umum keguguran rambut bagi lelaki dan wanita.

Keadaan itu sering menyebabkan rambut menipis secara beransur-ansur dan boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri individu.

Walau bagaimanapun, para pakar menegaskan bahawa penemuan ini masih berada pada peringkat awal.

Setakat ini, ujian hanya dijalankan ke atas haiwan dan belum dibuktikan berkesan untuk manusia.

Sebelum ia boleh dipasarkan atau digunakan secara meluas, peranti tersebut perlu melalui siri ujian klinikal bagi menilai tahap keselamatan dan keberkesanannya pada manusia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Awalnya "Berguru", Kini Robot Humanoid Mula Ambil Alih Kerja Dari Manusia Di China
  • Xiaomi Lancar 3 Peranti Boleh Pakai Baharu Di Malaysia, Harga Promosi Serendah RM199
  • Harga Xiaomi 18 Pro Dan 18 Pro Max Di Malaysia Bermula RM4,799, Prapesanan Dibuka Hari Ini
  • AI Mode Dalam Search Kini Ada Perbualan Sementara, Tidak Disimpan Dalam Sejarah Carian
  • Arknights: Endfield Dinobat Permainan Terbaik Google Play 2026
  • Astro One Entertainment Kini Sertakan Prime Video, Pakej Blockbuster Tanpa Caj Tambahan 12 Bulan
  • Filipina Paling Banyak Habiskan Masa Main Permainan Video Setiap Minggu, Malaysia Ke-12
©2026 WISER.MY