Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Earth Kini Boleh Jana Imej AI Dengan Nano Banana – Bayangkan Masa Lalu Atau Masa Depan Sesuatu Lokasi

Gemini Spark Kini Diintegrasikan Dengan Chrome

Diterbitkan Julai 31, 2026 · Dikemas kini Julai 31, 2026 oleh Amalina Athman

Google mengumumkan kemas kini baharu untuk Gemini Spark yang menjadikannya lebih berupaya membantu pengguna mengurus tugasan di web.

Gemini Spark kini diintegrasikan dengan Chrome bagi membolehkan ejen AI tersebut melaksanakan beberapa tugasan dalam talian dengan lebih mudah.

Dengan kebenaran pengguna, Gemini Spark boleh menggunakan akaun yang telah dilog masuk serta kata laluan yang disimpan dalam Chrome untuk mengendalikan tugasan web yang memakan masa, seperti mencari pilihan penerbangan dan memulakan proses tempahan.

Gemini Spark 🤝 @GoogleChrome

Gemini Spark is now integrated with auto browse in Google Chrome. With your permission, Spark can handle web tasks for you right in your Chrome browser, like scheduling apartment viewings or auto-filling flight info.

— Google Gemini (@GeminiApp) July 30, 2026

Menurut Google, Spark turut dilengkapi perlindungan keselamatan terhadap ancaman seperti prompt injection. Namun, bagi tindakan yang melibatkan maklumat sensitif seperti pembayaran, Spark tidak akan menyelesaikannya secara automatik. Sebaliknya, proses itu akan diserahkan semula kepada pengguna untuk pengesahan dan tindakan akhir.

Buat masa ini, ciri tersebut hanya dilancarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Google berkata ia akan diperluaskan ke lebih banyak rantau pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Google turut memperluaskan akses Gemini Spark kepada pelanggan Google AI Pro di lebih 160 negara. Dengan peluasan ini, lebih ramai pengguna di seluruh dunia kini boleh menggunakan Spark untuk membantu mengautomasikan tugasan harian.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Malaysia Catat Penggunaan Tertinggi Ciri Penjanaan Imej AI Google Gemini Di Asia Tenggara
  • Google Perkenal Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite Dan 3.5 Flash Cyber
  • Google Lancar Gemini Spark Di Malaysia, AI Yang Boleh Bekerja 24 Jam Sehari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY