Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Kini Sokong Import Memori Daripada Aplikasi AI Lain

Gemini Kini Sokong Import Memori Daripada Aplikasi AI Lain

Diterbitkan Mac 27, 2026 · Dikemas kini Mac 27, 2026 oleh Amalina Athman

Gemini kini memperkenalkan ciri import memori yang memudahkan pengguna berpindah daripada aplikasi AI lain tanpa perlu bermula dari kosong.

Melalui kemas kini ini, pengguna boleh mengimport memori, konteks peribadi serta sejarah perbualan terus ke dalam Gemini.

Menurut Google, memori yang diimport membolehkan Gemini memahami fakta penting yang sebelum ini telah dikongsi dengan aplikasi lain. Ia sekali gus membantu Gemini memberikan respons yang lebih relevan sejak awal penggunaan, tanpa perlu “belajar” semula dari awal.

Pilihan import boleh diakses melalui tetapan Gemini di bahagian “Import memory to Gemini”. Pengguna akan diberikan satu prompt cadangan untuk disalin dan ditampal ke dalam aplikasi AI sedia ada.

Gemini Kini Sokong Import Memori Daripada Aplikasi AI Lain

Arahan tersebut akan meminta aplikasi AI berkenaan menjana ringkasan keutamaan. Selepas itu, pengguna hanya perlu menyalin respons tersebut dan menampalnya semula ke dalam Gemini untuk diproses.

Selain itu, Google turut membenarkan pengguna memuat naik fail ZIP bersaiz sehingga 5GB yang mengandungi sejarah perbualan daripada penyedia AI lain. Ini membolehkan pengguna menyambung semula perbualan terdahulu dari titik terakhir secara terus dalam Gemini.

Gemini Kini Sokong Import Memori Daripada Aplikasi AI Lain

Ketersediaan ciri ini dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna melalui halaman tetapan Gemini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY