Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chrome Tambah Tiga Ciri Produktiviti Baharu Untuk Desktop

Chrome Tambah Tiga Ciri Produktiviti Baharu Untuk Desktop

Diterbitkan Februari 20, 2026 · Dikemas kini Februari 20, 2026 oleh Amalina Athman

Google hari ini memperkenalkan tiga ciri produktiviti baharu untuk Chrome versi desktop, termasuk Split View, Anotasi PDF dan ciri simpan ke Google Drive.

Ciri Split View membolehkan pengguna melihat dua tab serentak secara sebelah-menyebelah. Direka untuk mengurangkan keletihan berulang-alik antara tab, ciri ini dapat membantu pengguna melakukan pelbagai tugas dan menyelesaikan lebih banyak perkara di web.

Chrome Tambah Tiga Ciri Produktiviti Baharu Untuk Desktop

Ciri kedua membolehkan pengguna menanda dokumen PDF terus dari Chrome. Sebelum ini, pengguna mungkin terpaksa muat turun fail dan membuka aplikasi lain untuk membuat sebarang perubahan.

Kini, sokongan anotasi PDF membolehkan pengguna menulis nota, menanda teks atau menambah tandatangan tanpa keluar dari pelayar dengan lebih mudah dan cepat.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/02/20100347/Chrome_Productivity_Blog_PDF_Annotations_V4.mp4

Sementara itu, ciri “Save to Google Drive” membolehkan PDF disimpan terus ke Drive  tanpa perlu muat turun dan muat naik semula. Fail akan disusun secara automatik ke dalam folder khas “Saved from Google Drive” dalam Drive pengguna.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/02/20100303/Chrome_Productivity_Blog_Save_to_Google_Drive_V3.mp4

Ketiga-tiga ciri ini telah diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka boleh digunakan secara meluas melalui versi Chrome 145 hari ini.

Berkaitan

  • Google Tambah Gemini AI Dalam Chrome
  • Google Chrome Perkenal Ciri Baru Untuk Kurangkan Gangguan Notifikasi
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY