Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Tambah Tab Menegak, Mod Bacaan Imersif Dalam Chrome

Google Tambah Tab Menegak, Mod Bacaan Imersif Dalam Chrome

Diterbitkan April 8, 2026 ยท Dikemas kini April 8, 2026 oleh Amalina Athman

Google Chrome kini menerima kemas kini baharu yang memperkenalkan dua ciri utama iaitu tab menegak dan mod bacaan imersif.

Tab menegak ditawarkan sebagai alternatif kepada susun atur tab mendatar yang digunakan sejak awal pelayar Chrome diperkenalkan. Melalui ciri ini, tab akan dipaparkan di bahagian sisi tetingkap, membolehkan pengguna melihat tajuk halaman secara penuh dan lebih jelas tanpa terpotong.

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu klik kanan pada mana-mana bahagian tab dan pilih pilihan “Show Tabs Vertically”. Susun atur ini juga memudahkan pengurusan kumpulan tab, terutamanya apabila bilangan tab yang dibuka semakin banyak.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/04/08093805/Vertical_Tabs_In_Line_Asset_16x9.mp4

Menurut Google, paparan ini sesuai untuk penggunaan berbilang tugas, dan menjimatkan masa dengan memastikan pengguna tidak kehilangan tab.

Selain itu, mod bacaan turut diperkenalkan bagi memberikan pengalaman membaca yang imersif dan berfokus pada teks. Apabila diaktifkan, ia akan memaparkan halaman dalam paparan penuh serta mengurangkan elemen gangguan seperti iklan dan susun atur kompleks.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/04/08093802/Immersive_Reading_Mode_In_Line_Asset_16x9_80uc3oY.mp4

Pengguna boleh mengakses mod ini dengan klik kanan pada mana-mana halaman dan pilih “Open in reading mode”.

Kedua-dua ciri ini dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna bermula hari ini.

Berkaitan

  • Google Tambah Gemini AI Dalam Chrome
  • Google Chrome Perkenal Ciri Baru Untuk Kurangkan Gangguan Notifikasi
  • Chrome Tambah Tiga Ciri Produktiviti Baharu Untuk Desktop
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY