Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
20220902_VENU SQ 2_1652

Garmin Venu Sq 2 Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan Oktober 3, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Garmin Malaysia telah melancarkan Venu Sq 2 dan Sq 2 – Music Edition iaitu jam pintar yang hadir dengan skrin AMOLED petak bersaiz 1.4″ dan bateri mampu bertahan sehingga 12 hari.

Edisi Muzik pula disertakan dengan kemampuan menyimpan hingga 500 lagu daripada Spotify, Amazon Music dan Deezer lantas memberikan kelebihan untuk pengguna ‘layan’ lagu semasa melakukan aktiviti.

Garmin Venu Sq 2 Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Antara ciri ditawarkan dalam siri Venu Sq 2 ini termasuklah pemantauan degupan jantung, pemantaan Body Battery, penjejakan stres, penjejakan kesihatan untuk wanita, Health Snapshot, aplikasi kesihatan/sukan terbina.

Garmin Venu Sq 2 Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Lebih 25 aplikasi sukan indoor dan GPS termuat secara lalai, disambung pula dengan aplikasi Garmin Connect, dapat menambah ciri-ciri sedia ada untuk digunakan semasa pengguna bersukan seperti joging, berbasikal, tenis, HIIT, yoga dan lain-lain.

Garmin Venu Sq 2 Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Untuk mereka yang gemar melakukan larian, tersedia Garmin Coach secara percuma melalui aplikasi.

Garmin Venu Sq 2 dijual pada harga RM1,230 manakala Garmin Venu Sq 2 โ€“ Music Edition pula RM1,480.

Klik SINI untuk beli melalui Shopee.

Berkaitan

  • Garmin vivosmart 5 Dilancarkan, 'Fitness Tracker' Berharga RM730
  • Garmin Edge 1040 Solar, GPS Terbaru Untuk Penunggang Basikal Berharga RM3,699
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Sumber: Siaran Akhbar Garmin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY