Siri Garmin Edge 1040 ialah sebuah model terbaru GPS yang dicipta khas untuk dipasang pada basikal.
Bukan saja tahan lasak dan membantu penunggang mengharungi jalan, varian yang menyokong pengecasan solar memberikan penggunaan bateri ekstra sehingga 100 jam (dalam mod jimat bateri) atau 42 minit sejam ketika kayuhan siang,
Ia juga memantau stamina masa nyata dan mampu mengesan kekuatan serta kelemahan penunggang.
Selain itu, sistem juga akan mencadangkan profil berdasarkan data dan sensor yang ada padanya. Ini boleh diuruskan melaui aplikasi Garmin Connect pada telefon pintar.
Skrin padanya bersaiz 3.5 inci membolehkan pengguna melihat ringkasan kayuhan, menyusun paparan utama, melihat peta dan lain-lain.
Ia datang dengan dua varian:
- Garmin Edge 1040 tanpa solar – RM3,450
- Garmin Edge 1040 dengan solar – RM3,699
Anda boleh beli Garmin Edge 1040 ini melalui pautan di bawah:
Shopee – https://invle.co/clbyhwf
Lazada – https://invol.co/clbyhq2
AECO Store – Edge 1040
Sensor yang disertakan pada GPS ini ialah GPS, GLONASS, Galileo, GNSS jalur pelbagai, altimeter barometrik, magnetometer, giroskop, accelerometer dan cahaya.
Bagi faktor keselamatan, ciri penjejakannya termasuk pengesanan kejadian berbahaya dan LiveTrack membenarkan individu lain seperti ahli keluarga mengetahui lokasi penunggang dalam masa nyata dan rancangan perjalanan keseluruhannya.
Sumber: Siaran akhbar Garmin